Mak nieyl memang suka tanam pokok-pokok hijau macam ni dalam pasu. Segala pokok hijau dia tanam, yang tergantung pun ada, keliling rumah nieyl memang banyak pokok-pokok daun hijau ni. Jadi, bila mak nieyl tak ada dekat rumah, jenuh jugalah nieyl kena kerah tenaga siram pokok-pokok dia kelilingan rumah ni.
Selain daripada pokok hijau, ada juga tanam pokok kunyit tengoklah daun kunyit dia lebar-lebar kan geram je tengok , kalau tak silap nieyl pokok kunyit dekat rumah tu ada dalam 3 ke 4 pasu besar. Selain dari tu, mak ada tanam pokok bendir dalam pasu juga.
Mak kata pokok bendir tanam tak rugi sebab dia cepat keluarkan hasil sampaikan satu tahap bila pokok bendir mula keluarkan hasil, mak bagi dekat anak-anak dia sebab dah terlalu banyak. Bendir nieyl suka letak dalam asam pedas ataupun tumis. Kalau kakak nieyl dia suka makan rebus buat ulam makan dengan sambal belacan.
Oh ya tak lupa juga mak tanam pokok daun kari. Yang dalam gambar ni pokok dia semakin hari semakin tinggi. Ada juga yang mak tanam dalam pasu dan juga atas tanah. Semua yang mak tanam semuanya menjadi tau, subur-subur semuanya. Sejuk tangan mak ni. Kalau nak masak kari senang petik je dekat tepi rumah tu kan, siapa yang nak daun kari tu dieorang dah tak yah beli, petik je dengan izin mak.
Salah satu pokok yang nieyl suka adalah pokok ni, tak tahu la nama pokok apa..dia sangat cantik diwaktu pagi ya. Mak tanam pokok ni dekat tepi jalan je, sebelah tu longkang la mungkin sebab tu la kot subur hahaha..Korang yang baca entry ni kan, doakan semoga mak nieyl sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sihat-sihat selalu ya...terima kasih semua ♥
Pernah tengok satu video kenapa warga emas Jepun hidup lama dan masih lagi kekal aktif. Dieorg byk bergerak, byk berkebun dekat dgn nature, minum green tea & selalu bersosial dgn kawan2 sebaya umur. Macam mak saya pun suka berkebun jugak, dia suka keluar peluh & bagi dia terapi mata & minda bila belek2 pokok bunga 😊
ReplyDeleteAllah segar2 nya tanaman. sejuk mata memandang. seronok pagi2 siram pokok. healing dia lain macam
ReplyDeleteKalau dah gitu banyak nya mmg dua jam la kene spend.. apa pun aktiviti yg menyihatkan utk mak :D
ReplyDeleteberbudi kpd tanah pasti ada hasilnya. laman umah abe kie sempit je. cuma boleh tanam pokok kunyit, pokok misai kucing dan beberapa jenis lagi. Cukuplah untuk guna hari2 di dapur...
ReplyDeleteWah rajin makcik tanam pokok...
ReplyDeleteCuya faham perasaan kena siram pokok tu...
tapi bukan mak Cuya yang tanam, tapi busu Cuya..
nanti dapatlah upah..ngeh3