18 August, 2023

Ikan Masak Taucu Pembuka Selera

Ikan Masak Taucu Pembuka Selera | Kalau weekend selalunya nieyl yang akan masak untuk family, menu nieyl biasanya yang simple tapi sedap cehwah...puji diri sendiri awal-awal hahaha..Menu masakan yang paling mudah dan cepat adalah ikan masak taucu. Jenis ikan yang selalu nieyl guna ikan sela, ikan sardin ataupun ikan kembung. Kalau masak taucu ni nieyl suka letak bawang dan cili api banyak-banyak, kalau makan dengan nasi panas kena makan dengan cili api dan bawang tu sekali baru sedap.


Bahan-bahan

Ikan sela/sardin/kembung
Bawang besar (dihiris)
Cili Api (dihiris)
halia (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Taucu
Air 
Garam 
Gula
Air Asam jawa

Cara Memasak
  1. Goreng ikan seperti biasa, ketepikan
  2. Tumis bawang besar, cili api, bawang putih,halia dan taucu
  3. Masukkan air, air asam jawa, gula dan garam sedikit, biarkan mendidih
  4. Kemudian, masukkan ikan yang telah digoreng, gaul dan hidangkan.

*garam secukup rasa sahaja tau, balance dengan dengan gula.


 

4 comments:

  1. Tak pernah lagi masuk taucu dalam menu kat rumah..xde yang suka..tapi tengok masakan Nieyl ni nampak sedapnya....

    ReplyDelete
  2. feberet ni, biasa dulu2 kalu blk kg request mak masak taucu. tp arwah mak suka buat dgn ikan keli. yg lain suka ciknur je x mkn so kalu ikn kembung baru mkn

    ReplyDelete
  3. Ikan masak taucu ni selalu mama masak masa kecik2 dulu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)