17 August, 2023

PRN 2023 kali ke 4 mengundi


PRN 2023 kali ke 4 mengundi | Walaupun kadar peratus keluar mengundi PRU yang lepas dan PRN yang baru ni rendah tapi langsung tak menjadi penghalang untuk nieyl sebagai rakyat malaysia untuk mengundi. Mengundi adalah satu tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara pada masa akan datang. Seumur hidup nieyl, kali pertama mengundi masa umur nieyl 25 tahun pada tahun 2013. Ha..masa tu memang excited sangat dapat mengundi kali pertama dan kali kedua pada tahun 2018 dan kali ke tiga pada tahun ni 2023 dan kali ke 4 untuk PRN sabtu lepas. 

Sabtu lepas seawal 7.30 pagi mak dengan ayah nieyl dah bersiap-siap untuk ke pusat mengundi, setiap kali mengundi, dieorang mesti yang terawal sampai, semangat nak mengundi tu yang patut di contohi tapi pemikiran anak-anak zaman sekarang macam nieyl ni, suka pergi lambat-lambat sebab fikir kalau pergi awal pagi ramai orang kan.. Nieyl pergi dalam pukul10 pagi hari tu,masa tu dekat kawasan mengundi tu tak ramai orang, sampai je terus pergi ke saluran nieyl dan tak sempat nak rasa beratur pun dah kena panggil masuk hehehe...tak sampai 10 minit settel mengundi. Jadi, nieyl tak faham kenapa anak-anak muda ni tak nak pergi mengundi, bukannya ambil masa yang lama pun, tunggu MCD tu lagi lama tau..

Ada kejadian yang menggelikan hati nieyl masa proses mengundi tu, first meja kan kita serahkan Ic dan petugas akan sebut nama dan no kita, kemudian ke meja kedua untuk celup jari , masa celup jari tu petugas tu dia cakap cukup..cukup, yang nieyl dengar celup..celup, nieyl pun celup dalam-dalam hahaha sebab itulah dakwat tu buruk meleleh hahaha..sabar jela aku weh..gelak petugas tu..

Korang ada ke pengalaman masa mengundi?

 

3 comments:

  1. Tahniah ya menjalankan tanggungjawab terhadap negara

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana keluar mengundi. Kali ni punya dakwat kat jari beberapa hari dah keluar dah. Tahun lepas masa mengundi dakwatnya degil sungguh.

    ReplyDelete
  3. tahniah
    sbgai rakyat tanggungjawab mesti mengundi
    ciknur semua ok je tp masa nk msk tetap perasaan gementar jga mcm aoa ntah kan he hee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)