Koleksi Brooch Pemberian Dari Yang Tersayang | Teringat masa mula-mula nieyl nak ikut boss nieyl pindah ke agensi lain, bermacam-macam perasaan ada tau, biasalah bila di tempat baru ni kita tak kenal pun sesiapa lagi la time nieyl masuk tu PKP baru bermula. Tapi Alhamdulillah tahun ni nak masuk 3 tahun.. Bersyukur sangat nieyl dikelilingi dengan officemate yang semuanya baik-baik. Nieyl dilayan macam adik bongsu walaupun umur dah 35 tahun dah ni hehehe...
Pegawai-pegawai nieyl semuanya baik-baik belaka, kalau ada mesyuarat ke, bengkel ke dekat luar kawasan mesti nieyl akan dapat ole-ole . Tak kisah barangan ke, makanan ke..walaupun nieyl belum ada rezeki kerja tetap, ini juga dikira rezeki disayangi oleh semua orang. Brooch yang atas sekali tu pemberian Kak Emmy, dia sangat baik dengan nieyl dan dia juga kopi hunter, food hunter pun dia juga, sebab dia boleh pergi merata untuk makanan. Kadang-kadang tu breakfast dekat selangor, makan malam dia dah ada dekat Penang. Magis!itulah kak Emmy...
Yang ni terbaru yang nieyl terima dari Dr. N dia kena bagi talk dekat Indonesia bulan lepas, jadi beli brooch dari sana, yang besar cantik tu nieyl hadiahkan dekat Mak nieyl, yang pink tu nieyl punya. Dr. N ni seorang yang sangat lemah lembut, nieyl tak pernah lagi dengar dia cakap marah-marah, dia layan nieyl sangat baik. Pernah sekali tu dia beli telekung SK untuk nieyl lepas tu dia bagi satu lagi telekung untuk mak nieyl juga.Allahuakhbar..terima kasih Ya Allah selalu hantar mereka-mereka yang baik untuk nieyl♥
alhamdulillah..murah rezeki Niely.. cantik2 semuanya
ReplyDeletesama la..kak ayu pun ada yg cicir pun.. adoi la sayang bila fikir tu