27 July, 2023

Kasui Pandai Gedik Viral

 


Kasui Pandai Gedik Viral | Bahaya betullah pengaruh media sosial ni, sekali lalu hati memang tak ada rasa pun nak cuba, tapi bila kalau dah hari-hari lalu fyp..lepas tu ada pula member asyik post story pasal kasui gedik ni, akhirnya ku tewas di tangan kasui pandan gedik ni hahaha.. Disebabkan penghantaran menggunakan Grab, mahal ya..jadi nieyl open order dengan kawan-kawan dan sharelah kos grab tu, jimat sikit dan semua orang boleh rasa. 

First impression bila sampai, Ya Allah betul geram tergedik-gedik kasui ni hahaha..nak ku lempang je.. 1 bekas ni ada 10 biji (RM8), jadi kita cuba makan sebiji sebab nak tengok macam mana pergi nya.. Aduhai..terasa macam menyesal beli weh...sedappppp! tak cukup sebiji , berbiji-biji masuk mulut sampai licin hahaha.. Kalau korang nak cuba juga, nieyl share detail dekat bawah ni okay..

IG : Gula dan Pandan
No. hp: 012-303 6968


Ok yang ini nieyl tak beli, ada orang kasi sebab dia first time buat untuk makan-makan sendiri je, jadi dia bagi nieyl cuba rasa, sedap cuma tak gedik sangat tapi lepas tu dua tiga kali dia buat, akhirnya jadi juga gedik tu...wah!nieyl tabik la orang yang suka buat kuih ni, tak mengalah mencuba sampai jadi.. Kalau nieyl kan, sekali atau 2x je kalau lebih, memang beli jela jawapan dia...😊

5 comments:

  1. morning Nieyl..rajin2 update blog ek pas ni.. one of my fav blog to read ... :-)
    memang sedap, kak ayu nak buat tapi x jumpa2 acuan nya.. but semalam Ibu ckp dia jumpa & order dah..so.. sooonnn.. suka sbb bau pandan tu and kalau buat,..leh la adjust kasi kurang manis skt & leh makan byk skt.. he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..itula kak, ni sementara ada semangat nak menaip panjang2 ni..InsyaÁllah

      Delete
  2. banyak juga lalu lalang tapi belum ada rezeki nak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah benda viral, sekali makan je..takkan berulang² dah hehehe

      Delete
  3. kesian kasui tu nk kena lempang..kikiki
    Benda viral memey mahal..tpi Cuya tk berapa suka kasui, so Cuya selamat la hahahhaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)