Hijabi Doll Collection ST | Hujung bulan Mac iaitu pada 29 - 31 Mac 2019 Sendayu Tinggi HQ buat jualan gudang yang super murah. Sebelum ni memang nieyl tak pernah lagi guna produk dari ST ini. Tapi selalu ikuti perkembangan ST dari media sosial. Kebetulan bila ada iklan jualan gudang tu nampak set yang nieyl nak, terus nieyl contact dengan PS ST. Ha..kalau nak pergi sendiri tu memang takkan pergi la rasanya lagi lah bila hari weekend, korang tahu je la KL kan...
Nieyl kirim 2 barang dari Hijabi Doll Collection ST iaitu Full Cover Concealer dan Nude Edition.. 3 item ni jualan gudang hanya RM20 sahaja. Bukan 1 tau tapi 3 barang berbaloi kan.. Kalau tak silap nieyl harga lip color matte tu kalau bukan jualan gudang RM33.00 dan Full Cover Concealer RM34.00 .
Full Cover Concealer
Ada 3 color iaitu Light, Beige dan Natural
- Penyamar noda yang ringan dengan formula “bebas bernafas”
- Litupan penuh dan tahan selama 12 jam tanpa menyumbat pori.
- Ia digunakan untuk menyamarkan noda, lingkaran gelap bawah mata, sekatakan tona wajah & menutup parut atau jeragat.
- Boleh dijadikan sebagai highlight di bawah mata, tulang hidung dan tulang kening. Ideal bagi kulit kering, kombinasi dan berminyak.
- Paling best guna concealer ini sebab dia dah ada brush sendiri,so korang just apply concealer tu dan sapu rata.
Nude Edition Suede Lip Color
Ada 6 color yang cantik iaitu Coral Brown, Dull Pink, Natural Bloom, Nude Brown , Nude Mocha dan Sand Pink.
- Gincu dengan tekstur cecair seakan satin memberi kemasan ibarat matte selepas aplikasi pertama.
- Hadir dengan lip aplicator untuk memudahkan sapuan kemas pada bibir.
- Teksturnya ringan dan tidak mengeringkan bibir.
- Mencipta ilusi bibir penuh menawan seharian.
- Hadir dalam 6 warna natural
So, kalau korang berminat untuk mendapatkan pelbagai produk kecantikan dari Sendayu Tinggi korang boleh pergi ke media sosial dan website ST. Selain itu , korang boleh juga daftar hanya RM25 seumur hidup dan boleh beli barangan Sendayu Tinggi dengan lebih murah.
Instagram : Sendayu Tinggi HQ
atau boleh pergi terus ke butik Sendayu Tinggi
No 366 Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur, Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia
cantik2 kaler dia..:)
ReplyDeletezaman akak muda2 dulu femesler ST ni... berbaloi2ler...
ReplyDeletecomel-comel warna barang sendayu tinggi ni
ReplyDeleteCantik.. harga pun not bad..
ReplyDelete