Showing posts with label Pilihan Nieyl. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Nieyl. Show all posts

21 February, 2020

Shower Scrub Ginvera World SPA Wangian berpanjangan

by on February 21, 2020
Shower Scrub Ginvera World SPA Wangian berpanjangan | Ada sesetengah orang suka mandi guna sabun mandi yang jenis ketul tu, dulu-dulu masa kecil nieyl pun guna juga sabun mandi ketul tu, sebab itu je pun yang ada dalam rumah. Bila dah mula bekerja, nieyl guna pula jenis gel sampailah ke hari ini sebab suka mandi buih banyak macam lah dekat rumah tu ada jakuzi tub hahaha..

Baru-baru ni nieyl ada singgah dekat watsons nak beli beberapa barang personal, lepas tu husband nieyl tunjukkan shower scrub Ginvera ni, actually masa nieyl masih bekerja dulu kalau pergi watsons takkan miss survey bahagian mandian. Husband nieyl kata nak try shower scrub ni, nieyl pun ok jela kiteorang berdua lama gila kot dekat bahagian tu sebabnya buka satu persatu tutup shower scrub ni sebab nak pilih bauan yang sedap dan wangi. And last husband pilih Swiss Alpine Rose dan Japanese Volcanc Ash Bamboo Salt. Beli dua sebab masa tu ada sale belian kedua dapat harga lebih murah. 


Sebelum ni kita tahu yang scrub tak boleh hari-hari sebab akan menipiskan kulit tetapi shower scrub ginvera korang boleh gunakan setiap hari. Nieyl dah pun cuba guna Japanese tu bau dia sangat sedap walaupun dah keluar dari bilik mandi pun badan korang masih lagi bau wangi shower scrub tu.. Jadi, husband nieyl kata lepas ni kita buat stok shower srcub ni je dekat rumah. Sangat berbaloi sebotol tu berat dia 750g, boleh tahan lebih sebulan bergantung cara korang guna juga la. 

Ok itu je nieyl nak share barang baru yang nieyl juga..see next entry...bye..

08 April, 2019

Hijabi Doll Collection ST

by on April 08, 2019
Hijabi Doll Collection ST | Hujung bulan Mac iaitu pada 29 - 31 Mac 2019 Sendayu Tinggi HQ buat jualan gudang yang super murah. Sebelum ni memang nieyl tak pernah lagi guna produk dari ST ini. Tapi selalu ikuti perkembangan ST dari media sosial. Kebetulan bila ada iklan jualan gudang tu nampak set yang nieyl nak, terus nieyl contact dengan PS ST. Ha..kalau nak pergi sendiri tu memang takkan pergi la rasanya lagi lah bila hari weekend, korang tahu je la KL kan...


Nieyl kirim 2 barang dari Hijabi Doll Collection ST iaitu Full Cover Concealer dan Nude Edition.. 3 item ni jualan gudang hanya RM20 sahaja. Bukan 1 tau tapi 3 barang berbaloi kan.. Kalau tak silap nieyl harga lip color matte tu kalau bukan jualan gudang RM33.00 dan Full Cover Concealer RM34.00 . 


Full Cover Concealer

Ada 3 color iaitu Light, Beige dan Natural
  • Penyamar noda yang ringan dengan formula “bebas bernafas” 
  • Litupan penuh dan tahan selama 12 jam tanpa menyumbat pori. 
  • Ia digunakan untuk menyamarkan noda, lingkaran gelap bawah mata, sekatakan tona wajah & menutup parut atau jeragat. 
  • Boleh dijadikan sebagai highlight di bawah mata, tulang hidung dan tulang kening. Ideal bagi kulit kering, kombinasi dan berminyak.
  • Paling best guna concealer ini sebab dia dah ada brush sendiri,so korang just apply concealer tu dan sapu rata. 
Nude Edition Suede Lip Color

Ada 6 color yang cantik iaitu Coral Brown, Dull Pink, Natural Bloom, Nude Brown , Nude Mocha dan Sand Pink. 

  • Gincu dengan tekstur cecair seakan satin memberi kemasan ibarat matte selepas aplikasi pertama. 
  • Hadir dengan lip aplicator untuk memudahkan sapuan kemas pada bibir. 
  • Teksturnya ringan dan tidak mengeringkan bibir. 
  • Mencipta ilusi bibir penuh menawan seharian. 
  • Hadir dalam 6 warna natural

So, kalau korang berminat untuk mendapatkan pelbagai produk kecantikan dari Sendayu Tinggi korang boleh pergi ke media sosial dan website ST. Selain itu , korang boleh juga daftar hanya RM25 seumur hidup dan boleh beli barangan Sendayu Tinggi dengan lebih murah.

Website : Sendayu Tinggi
Facebook : Sendayu Tinggi HQ
Instagram : Sendayu Tinggi HQ

atau boleh pergi terus ke butik Sendayu Tinggi
No 366 Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur, Malaysia

28 October, 2017

Granola Cereal Bersama Chia Seed

by on October 28, 2017
Granola Cereal Bersama Chia Seed | Selamat Pagi korang, cuti-cuti ni tak ada pergi mana-mana ke?Nieyl hari ini nak pergi beli stok granola cereal nieyl dah habis . Alhamdulillah lebih kurang 2 minggu nieyl breakfast dengan cereal, badan rasa ringan, proses pembuangan sangat lawas dan yang bestnya ada orang tegur nampak nieyl susut sikit..hihihihi..

Sebelum-sebelum ni nieyl cuma makan cereal bersama susu segar je kan, pagi semalam nieyl cuba makan bersama dengan Chia Seed. Kata orang, Chia Seed ni banyak kelebihannya untuk tubuh badan kita. Chia seed ini kita boleh letak di nasi putih yang kita makan tu, takpun boleh letak dalam minuman yang kita minum,ish boleh letak dalam semua makanan la senang cakap.



Pagi semalam pun ada orang tanya "awak makan benda ni kenyang ke"  selama nieyl makan 2 minggu ni, Alhamdulillah..makan sikit tapi sendawa.. cereal ini memang sesuai untuk breakfast, dia bagi kita tenaga dan menyerap lemak-lemak yang tidak berguna dalam badan kita. Antara pukul 8 pagi sehingga pukul1 tengah hari boleh tahan lapar. Diantara waktu tu nieyl amalkan minum air kosong dengan banyak. 

Pukul 1 biasanya nieyl akan makan lunch yang berat,nasi berlauk terutamanya sebab pagi kita dah makan makanan sihat, lunch tu kita belanja lah perut ni makan makanan yang sedap-sedap sikit kesian dia menahan lapar.

Sekarang ini nieyl cuba amalkan makan sebelum pukul 7 atau 8 itupun kalau nieyl rasa lapar sangat, kalau tak,nieyl akan minum air kosong dan biskut. Makan malam nieyl masih cuba kawal, sebab tak nak buat mengejut takut nanti sakit pula..kita buat slow-slow je..moga terus munasabah diri..hihihi..


Walaupun ramai yang dah tahu kebaikan Chia Seed ni,nieyl tetap nak share juga untuk mereka yang baru nak start berdiet, tapi badan kita tak sama,kadang-kadang kita boleh jadikan panduan sahaja rutin sihat orang lain cuma kita kena cari rutin sihat yang sesuai dengan badan kita. Okay..Yang penting SIHAT..

  • Dapat melawan diabetes
  • Mengandungi Serat yang banyak
  • Mengekalkan kekuatan gusi dan tulang
  • Mempunyai Mangan
  • Lebih banyak fosforus
  • Kaya dengan protein
  • Dapat menstabilkan gula dalam darah
  • Mudah berasa kenyang
  • Dapat meningkatkan kesihatan jantung
  • Penuh dan kaya dengan omega -3

11 October, 2017

Granola Cereal Sesuai Untuk Sarapan Pagi

by on October 11, 2017
Granola Cereal Sesuai Untuk Sarapan Pagi | Niat di hati ini dah lama sebenarnya nak cuba makanan yang dikatakan mampu mengawal tahap kolestrol dalam badan dan boleh membantu mengurangkan berat badan seseorang. Sebelum- sebelum ini pernah nampak sahaja orang post di FB dan IG tentang makanan sihat.Dan kali ini kuatkan iman dan semangat, nieyl try sendiri..


Apakah Granola?
Granola ialah sejenis hidangan sarapan pagi atau makanan ringan yang terdiri daripada emping oat, kekacang,madu atau pemanis yang lain seperti gula perang. Ada juga bertih beras yang biasanya dibakar sampai garing dan berwarna coklat keemasan.Selain itu buah kering seperti kismis,kurma,dan buah-buahan lain juga ada di campur didalam granola ini. Biasanya granola boleh di makan bersama yogurt,madu,susu dan lain-lain lagi..


Granola Baik Untuk Kesihatan
Bahan utama, gandum bijirin adalah serat yang besar dan menyokong kesihatan pencernaan kita. Dan manfaat sihat granola ini dipenuhi oleh bijirin yang dipenuhi dengan gula tambahan dan ramuan buatan. Selain itu, ianya mengandungi bahan-bahan yang sihat untuk tubuh badan kita.


Sebelum ini nieyl belum pernah lagi rasa granola ni, jadi untuk first trial nieyl try ambil flavour Berry jenama Tesco. Macam nieyl kebetulan pergi Tesco,jadi cari dekat sana saja, kalau tengok di rak bahagian cereal ini ada pelbagai jenama Granola dan flavour tetapi harganya berbeza mengikut jenama. Kalau jenama Tesco ini harga dia RM16.99, so terpulang pada korang nak try flovour apa dan jenama apa.Khasiat dia tetap sama.


Sekarang ini setiap pagi nieyl akan makan granola cereal ni untuk kawal kolestrol,Alhamdulillah. Bertahan juga sementara tunggu waktu lunch..sementara tu kalau korang rasa lapar juga korang boleh amek granola cereal ni tanpa susu..maksudnya boleh makan macam snack..sedap juga... 

Granola cereal berry ni rasa dia masam- masam, oat tu biasalah tawar sebab itu nieyl gabungkan dengan full cream bagi ada lemak-lemak sikit. tapi keseluruhannya sedap..sebelum beli granola yang mahal,better try dulu yang di bawah kemampuan kita. Jom sama-sama kita jaga tahap kolestrol kita.




29 September, 2017

Pergi Pasar Malam Hanya Kerana Yong Tau Foo

by on September 29, 2017
Pergi Pasar Malam Hanya Kerana Yong Tau Foo | Kalau dekat tempat nieyl tinggal ini ada 2 hari pasar malam,iaitu hari selasa dan hari khamis tapak yang berlainan. Yang paling hampir dengan rumah adalah hari khamis. Walaupun dekat dengan rumah, nieyl rasa dah lama sangat nieyl tak pergi ke pasar malam,makan bulan juga lah sebabnya kalau pergi pasar malam nieyl tak tahu nak beli apa.

Pernah je pergi pasar malam beria sangat nak pergi,last-last entah apa-apa entah yang dibeli sampai habis beringit-ringit tapi tak makan. Malam tadi tak tahu kenapa tiba-tiba en.husband bisik dengan telinga dia nak pergi pasar malam..tahu la malam jumaat sayang tak perlu nak berbisik sangat ya..  

Nieyl order Yong Tau Foo je dekat husband sebab dah lama nieyl tak makan, memang kalau pergi pasar malam je menu yang akan nieyl beli adalah Yong Tau Foo..Tapi yong tau foo pun kena tengok juga sebab nieyl suka yang goreng-goreng je,kalau yang hotdog,ketam semua tu nieyl jarang ambil dan wajib kena ada kuey tiew tu..sedapnyaaa...


13 September, 2017

Breakfast pasta

by on September 13, 2017
Breakfast pasta | Siapa suka makan pasta?kita geng!  semua jenis pasta nieyl telan batu dengan kayu je belum makan lagi..hahaha..sekarang ni kalau pergi mana-mana cafe dah tak macam dulu-dulu dah. kalau dulu,sarapan pagi je kita dah boleh tahu apa menu yang akan di jual, nasi lemak wajib, bihun goreng, mee goreng, kueh tiew, meggi. Tapi sekarang ni pagi-pagi dah ada pelbagai pasta untuk sarapan pagi.Ada roti bakar, cuma belum ada lagi orang jual susu + bijirin-bijiran sihat tu je..hihihi..

Nieyl kalau tak sempat bawa sarapan pagi dari rumah, sampai office singgah cafe sekejap untuk beli pasta. Oh ya..harga pasta macam gambar bawah ni rm4..(penuh² nieyl ambil) hihihi..


10 August, 2017

Haqiem Rusli - Tergantung Sepi (Official Music Video)

by on August 10, 2017

Cukup di sini perjalanan kita 
menghukum diri  mendera hati ini
Terhimpit dengan suasana

Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi

23 May, 2017

Serunding Daging

by on May 23, 2017
Serunding Daging | Antara makanan yang wajib ada sepanjang bulan Ramadhan adalah serunding daging. Ini makanan yang kena ada sebab waktu sahur biasanya jarang kita nak makan pagi-pagi masak lemak,kari ke kan..so, kalau nieyl dengan en.husband ada serunding dengan telur goreng pun dah boleh sahur dah..so,semalam sempat singgah Warta Bangi eh tukar nama dah..Kipmall..hihihi.. beli serunding daging dekat sana untuk bulan puasa. 

Kalau korang,apa makanan yang wajib ada sepanjang Ramadhan?meh la share...


22 May, 2017

Nafsu sebelum puasa

by on May 22, 2017
 Nafsu sebelum puasa | ish-ish..macam budak-budak baru nak start puasa.Teringin memanjang macamlah lepas-lepas ni tak dapat makan. Sebenarnya sejak hari jumaat lepas lagi cakap dengan en.husband, anak tekak ni nak makan cendol durian yang dekat go lokal cafe . Hari sabtu tengah hari tu nieyl terus pergi sendiri..hahaha..nasib baik tak ramai orang time tu, so..boleh makan dengan tenang menikmati cendol durian yang sangat sedap. 

Kenapa di Go Lokal Cafe??

Sebab cendol durian di sini sangat sedap,kena dengan selera lepas tu durian yang diberi itu adalah isi durian yang betul bukan pati durian sahaja,so..walaupun harga dia RM6.50, masih gigih nak makan dekat situ. Dan cara nieyl makan cendol durian ni pula pelik, nieyl akan habiskan dulu cendol tu last sekali baru makan durian dia..hahahaha...

.

Lepas dah pekena tekak dengan cendol dalam cuaca panas terik, start enjin kereta terus menuju ke satu lagi restoran berhampiran untuk mengisi perut makan tuey teow celop di Restoran Medina di Ayer8 Putrajaya. Kalau tanya berapa kali nieyl datang restoran ni untuk makan kuey teow celop ini,jawapan dia tidak terkira sebab dah banyak kali sangat..hahaha..Kalau datang restoran ni nieyl tak akan order menu lain selain dari kuey teow celop..tapi kalau korang tak suke kuey teow, korang boleh ganti kan dengan mee atau bihun celop..lepas tu jangan lupa order juga Green Tea peh!super delicious tau..




08 May, 2017

Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf

by on May 08, 2017
Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf | Al kisahnya unit nieyl yang lama plan nak belikan hadiah untuk mantan boss kami yang telah naik pangkat dan bertukar keluar bulan lepas. Jadinya, kak naz di amanahkan untuk membeli hadiah tersebut dah kak naz share dalam group . Kami kongsi dalam 7 org termasuklah kakak² yang dah keluar dari unit lama dulu..


Kami memilih Kurta Maryana dari Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf rasanya sangat sesuai sangat dengan x boss kami. Contoh Kurta Maryana seperti gambar di atas yang dipakai sendiri oleh I.M Asyraf. Nieyl tengok pun berkenan di hati untuk en.husband. 


Nieyl share serta sedikit tentang butik Aisy Asyraf, ianya sebuah butik jubah lelaki kontemporari dengan rekaan yang moden dan mengikut peredaran masa. Mula beroperasi pada 4 Julai 2015,butik ini memberikan peluang kepasa pemakai jubah lelaki di Malaysia untuk mengamalkan pakaian Sunnah Nabi SAW.

Jubah dari Butik Aisy Asyraf direka khas secara eksklusif dengan rekabentuk yang diilhamkan mengikut cita rasa masa kini. Selain itu juga ianya mempunyai keistimewaan dari segi potongannya yang pasti membuatkan pemakai nampak lebih tanmpan dan bergaya.

Harga di butik Aisy Asyraf adalah berpatutan dan bersesuaian dengan materianya dan potongannya. Selain dari jubah, butik ini juga menyediakan pelbagai jenis pakaian dan aksesori lelaki seperti Baju Raijan Eksklusif, Kurta Lelaki,Jubah wanitan dan lain-lain..



Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf

3-27-03A, 8, 
Business Park,, Jln Medan Pusat Bandar 8A, 
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

06 May, 2017

REUNIC - Bertemu Semula (Video & Lirik)

by on May 06, 2017

suka dan duka
tangis dan tawa
itulah lumrahnya

sukma didera
sepi menyapa
dan rindu menyiksa

haruskah luka
dibiar saja
membarah di dada

sembuhkan ia
dengan setulus benih
kemaafan

cinta 
telah menzahirkan 
sebuah pertemuan


Tuhan yang menguji 
dengan perpisahan 
kini ditakdirkan 
bertemua semula

usah persia
peluang yang ada
begitu sahaja

ini detiknya
kasih san sayang
ditaut semula

kita
tidak mungkin mampu 
mengulangi masa

hujan takkan balik ke langit semula
jemputlah kenangan yang terindah saja

cinta 
telah menzahirkan 
sebuah pertemuan

tuhan yang menguji 
dengan perpisagan 
kini ditakdirkan
bertemu semula

kita
tidak mungkin mampu 
mengulangi masa

hujan takkan balik ke langit semula

jemputlah kenangan yang terindah saja.

03 May, 2017

My First Shawl by Ariani

by on May 03, 2017
My First Shawl by Ariani | Akhirnya tercurang, maafkan diri ini wahai mumuscavers diri ini tidak terkawal bila melihat shawl-shawl di Ariani Gallery semuanya cantik-cantik, murah pulak tu..hihi..So,memang plan pergi Ariani selepas nampak promotion dalam Instagram, so ternampak satu shawl tu yang memang match dengan baju yang nieyl nak pakai time majlis cukur jambul ellsa. 

Sebelum jumpa yang berkenan di hati tu, berpusing-pusing menjadi pilihan hati, dekat 1 jam juga dalam kedai ni, makin lama makin ramai orang yang menyinggah sebab promotion dia sangat berbaloi. Ada yang 2 helai RM100 dan ada juga 3 Helai RM100..so, sangat rugi kalau tak pergi time promotion...tapi nieyl hanya beli sehelai sahaja.. (wrong time pergi time belum gaji)



Ini lah dia shawl pertama Ariani yang berjaya menawan hati ini, sangat soft, sangat cantik, dan mudah untuk di gayakan. Agak² nanti akan ada second shawl by Ariani tak?hihihihi


No.38-G-1 
Jalan Medan, Pusat Bandar 4,
 43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor

22 April, 2017

Pencinta Fridge Magnet

by on April 22, 2017
Pencinta Fridge Magnet | Salah satu minat en.husband dengan nieyl yang sama adalah kami berdua suka kumpul fridge magnet tidak kira luar negara ataupun dalam negara. Selalunya adalah pemberian kawan-kawan office, boss yang suka travel tapi ada juga yang nieyl dan en.husband beli itu biasanya di dalam negara lah. Setiap negeri kami pergi, kami akan beli fridge magnet yang pastinya tidak akan sama yang sedia ada. 


Antara pemberian fridge magnet luar negara dari officemate adalah dari INDONESIA, BANDUNG, KRABI, JAPAN, KOREA, DUBAI, SINGAPORE dan banyak lagi. So, officemate memang dah tahu yang nieyl memang suka fridge magnet.Tengoklah board sampai dah penuh dekat dapur. En.husband kata sebelum puasa ni nak pergi beli satu lagi board.

Sebelum ini memang nieyl letak semua fridge magnet ini di pintu fridge, tapi di sebabkan anak-anak buah nieyl yang kecil-kecil ni sangat tertarik dengan fridge magnet yang cantik dan comel tu nieyl terpaksa alihkan dan sebab keduanya adalah pintu fridge  kita boleh jadi rosak tau,kalau letak fridge magnet ini lama-lama dan magnet belakang tu akan cepat tercabut.

Kalau ada yang tertanya apa nama board ini, nama dia Magnetic Board , korang boleh beli di IKEA dengan harga kalau tak silap nieyl dalam RM39.90 dan dia ada banyak size. Jadi,harga tertaluk pada size yang korang nak la ya..

20 April, 2017

SofeaRose Bangi Sentral

by on April 20, 2017

SofeaRose Bangi Sentral | Baru-baru ini nieyl berkesempatan teman Ofismate pergi cari beli Shawl SofeaRose dekat Bangi Sentral. So, nieyl memang suka sangat shawl tapi masa pergi tu memang tidak simpan sebarang harapan pun nak beli shawl, cuma nak cuci-cuci mata sahaja sementara ofismate memilih shawl yang dia nak beli tu..


Butik SofeaRose menyediakan pelbagai jenis shawl termasuk instant shawl, long shawl selain itu juga butik ini juga menjual jubah, blouse, baju kurung dan lain-lain lagi. Nieyl suka butik ini sebab first time masuk rasa macam selesa sangat. Besar, bersih dan kemas sahaja susunan shawl dan pakaian dalam rak yang disediakan. Dan yang paling bestnya, ada tempat untuk kita selfie-selfie..hihihi..


Tahu tidak kenapa nieyl snap gambar ni?Yang pertamanya sebab ada cermin yang besar dan yang keduanya nieyl snap sebab nieyl suka sangat view dari cermin tu. Nieyl ada cita-cita nak buat rak shawl nieyl seperti itu dan nieyl dah pun habaq dekat En.Husband malam tadi, nak buat rak macam tu untuk sangkut dan susun semua shawl-shawl nieyl yang dah tak cukup tempat sangkut dah..


Ofismate cari shawl diona yang limited edition serius memang cantik sangat kalau tengok depan-depan shawl tu, rambang mata nak pilih tau. Lagipun dah trend sekarang ni corak-corak printed macam ni. Harga shawl dekat Butik SofeaRose masih lagi di tahap mampu milik dont worry okay.. Kalau jadi membership lagi bagus sebab potongan harga lebih banyak..


Antara susunan shawl yang nieyl suka, nampak kemas ikut tona warna shawl jadi customer pun kalau nak beli,mudah nak cari dan mudah nak bezakan color yang ada. Ini salah satu inspirasi yang boleh nieyl praktik kan bila gantung shawl dekat bilik bila rak shawl dah siap nanti..


Ini salah satu shawl yang nieyl minat sangat dengan warna dia yang lembut, kain dia pun jenis sejuk walaupun kita pakai tengah panas pun..harap-harap second time datang nanti masih ada lagi la ya..



Oklah korang, kalau korang yang mana rajin pergi ke Bangi Sentral tu singgah-singgah lah butik SofeaRose ini ya..


Alamat Butik SofeaRose

6-21-05
Jln Medan Pusat Bandar 8A Bangi Sentral,
43650 Bdr Baru Bangi
Landmarks (Atas Butik Felinna, Level 4)


23 March, 2017

Thank you Lecithin

by on March 23, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Thank you Lecithin | Tiada apa lagi yang menghappykan hari wanita yang mempunyai berat badan yang lebih sikit ini apabila berat makin turun dan inci pun dah banyak kurang. Macam mana tahu inci kurang? baju lama-lama yang dulunya sendat sekarang dah boleh pakai,longgar lagi..jangan jeles ya..hihihi.. 

Meh nieyl nak share sikit, bukan susah nak amalkan supplement untuk kurus atau slim ni..ingat makan ingatlah supplement ini..So, macam nieyl dekat office nieyl memang akan standby dalam bekas untuk vitamin dan letak atas meja, sebab lunch time kita berada office jadi lepas makan je terus ambil 3 biji lecithin dan telan.. Begitu juga di rumah, nieyl masih juga makan malam untuk teman husband dengan mak makan, tapi lepas makan nieyl akan ambil lagi 3 biji lecithin...mudah je kalau kita nak buat.. Jangan lupa amalkan minum air secukupnya..PENTING!

Harga Mampu Milik.. .
Antara khasiat lecithin.. .
🌺Memecahkan lemak
🌺Meningkatkan kadar metabolisma
🌺Menghalang lemak termendap,utk kesihatan jantung
🌺Membantu otak berfungsi dgn cergas
🌺Mengawal kadar kolesterol
🌺Melegakan sembelit .

Nak beli..
Boleh whatsapp nieyl Okay... 0173583792
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

16 March, 2017

Kylie Lipstik dan Huda Beauty

by on March 16, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kylie Lipstik dan Huda Beauty | Siapa yang ada follow Instagram dan Facebook nieyl, mesti perasan nieyl ada share gambar lipstik semalam. Ok first nieyl memang sangat jarang nak beli lipstik melainkan kalau betul-betul dah habis. Tapi kata orang awan itupun boleh berubah-ubah bentuk ini kan manusia kan. Ha..ha..ha... jadi, nieyl sedang berjinak-jinak mengumpul barang-barang kosmatik. 


Bila dah banyak macam ini memang rambang mata nak pilih yang mana berkenan di hati sebab kalau ikutkan kata nafsu ambil semua..ha..ha..ha.. Nieyl ambil satu sahaja lipstik stick liquid matte ini untuk nampak berkilat dan bersinar bibir tu. Lipstik liquid matte brand kylie.


Kemudian, sebelum ini nieyl pakai lipstik silky girl dan D'herb , ini sahaja nak try brand Huda Beaudy Matte Lipstick. Lipstik Huda Beauty ini pun sebenarnya banyak pilihan. Jujur cakap memang rambang mata nieyl nak pilih yang berkenan di hati.


Ok meh nak belanja 1 picture lepas pakai lipstik Matte Lipstick by HudaBeauty dan kemudian nieyl double dengan lipstik stick liquid matte by kylie...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

06 February, 2017

Love Steamboat and Grill

by on February 06, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Love Steamboat and Grill |  Bila dah bercuti panjang, ada sahaja plan kakak nieyl dekat rumah tu.. ahad lepas dia ajak pergi makan di Seoul Garden. Untuk seoul garden ini kali pertama nieyl makan dekat situ, sebab bila engok harga dia faham-faham sahaja la tapi sebenarnya sangat berbaloi dengan harga yang di kenakan pun. Sebab di hidangkan dengan pelbagai jenis makanan.. Rambang mata nieyl nak makan yang mana satu.


Di Seoul Garden nie nieyl lebih banyak makan sayur-sayuran, salad sebab 80% nieyl makan makanan yang bergrill..seafood nieyl kurang sikit.


Kebiasaanya nieyl selalu pesan dekat semua orang, if u pergi makan yang jenis buffet jangan ambil terus banyak² sampai tak cukup ruang meja untuk makan. Sebab nieyl perhatian ada beberapa meja tu tersangat penuh dengan makanan..wah!besar tu usus awak ya boleh makan semua makanan dalam masa terdekat. 

Ambil apa yang kita nak makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap..ha..maksudnya ambil sedikit, habiskan dulu kemudian ambil lagi..jangan risau..makanan tu akan di refill..😉





Nieyl kalau makan slow-slow, after 30 min makan akan rest dulu sembang-sembang dalam 10 minit lepas tu baru sambung balik makan..sampai lah tak larat nak makan sebabnya nak bagi perut tu rest dulu sebelum masuk makanan lain. 

Dan nieyl memang dah jatuh hati dengan Seoul Garden nie, sebab tempat dia bersih, makanan banyak, lepas tu selesa sangat..kalau makan pun relax je tak rushing..SERONOK!nak pergi lagi,,nak pergi lagi...

*gambar tak banyak sebab syok sangat makan handphone letak tepi..huhuhu

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

19 December, 2016

Jatuh Cinta Dengan GVC

by on December 19, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jatuh Cinta Dengan GVC | Hai korang!selamat bekerja di hari isnin ya...rasanya hari ini tak sempat nak monday blues sangat kan..banyak kerja yang menanti. First sekali kalau nieyl ada benda yang baik yang best, mesti tak sabar nak share dengan korang. Bak kata orang lama-lama benda yang baik jangan di tangguhkan..tak gitu?

Apa GVC tu? GVC tu adalah singkatan bagi GOOD VIRTUES CO. Nieyl memang ada 2 masalah tentang rambut, yang pertamanya kelemumur dan rambut gugur. Mungkin sebab syampu tidak sesuai. So, nieyl try syampu Anti-Kelemumur GVC dalam masa sebulan Alhamdulillah..Hasilnya tersangat bagus.

Sebabnya GVC ini ada bahan menulenkan organik Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) untuk menyahtoksik rambut. Selain dari itu ianya membantu menghapuskan dan mencegah kemunculan semula kelemumur, manakala campuran Maca Root semulajadi ekstrak dan Vitamin B5 menguatkan folikel untuk mengurangkan keguguran rambut.

Yang paling penting sekali wangi sangat lepas cuci rambut. Bau dia sangat lembut. So, korang kalau ada masalah macam nieyl, maybe boleh try juga..pasti korang pun jatuh cinta... Harga sebotol dalam RM26.60 700ml boleh cari dekat watson 😃

abaikan si mieka tu, mama nak snap dia pun sibuk..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 November, 2016

Tambah lagi koleksi PINK

by on November 11, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Tambah lagi koleksi PINK | Kalau orang tanya, suka warna apa? nieyl akan jawab ofcouse lah pink..kebanyakkan wanita memang warna pink salah satu fav color dia. Termasuklah orang yang tengah menaip nie, salah satu fav color adalah PINK selain dari Biru dan Purple. Kalau PINK tu lebih 60% la, berbanding 2 warna yang lain tu.

Semalam baru beli earphone dan USB Cable warna PINK...Yeayyyy...nampak tak tu bekas letak cop-cop pun warna pink..nasib lah ya...bos dapat PA yang gila warna Pink.. 



Salam Jumaat semua!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

09 November, 2016

Lurve me by Izreen Azminda Perfume

by on November 09, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lurve me by Izreen Azminda Perfume | Kepada yang dah lama follow blog nieyl hampa tau la  yang kami nie ratu perfume. Suka try perfume so, kali ni nieyl nak share dengan orang rangkaian produk terbaru Pelakon Izreen Azminda, LURVE ME BY IZREEN AZMINDA. Majlis pelancaran pefume ini baru dilancarkan pada 28 Oktober 2016 yang lepas.

Ok, LURVE ME BY IZREEN AZMINDA ini di datangi dengan 4 jenis iaitu Lusty Gold, Crush red, Cravers Pink dan Melty Blue..

Pilihan Nieyl


Cravers Pink menjadi pilihan hati nieyl sebab yang pertama adalah dia berwarna pink i love pink very much that why pink menjadi pilihan pertama hihihi. So, nieyl sangat suka bau dia sangat soft, sangat wangi dan yang penting pada nieyl ianya sangat cute dan tidak makan space yang banyal dalam handbeg itu adalah pilihan yang sangat bagus okay.


Lagi best
  • Perfume ini wangian dia setanding antarabangsa
  • Tahan sehingga 12 jam
  • Boleh dibawa solat
  • Ringan dan Mudah dibawa travel
Harga

Harga adalah mampu beli hanya RM39.90 tidak termasuk postage ya..:)

Dimana hendak beli?

Offical Instagram : Lurvemebyizreenazminda
atau boleh pergi ke Instagram Agent Kak Suri : mdm.suri


*selamat berwangi-wangi :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png