Granola Cereal Sesuai Untuk Sarapan Pagi | Niat di hati ini dah lama sebenarnya nak cuba makanan yang dikatakan mampu mengawal tahap kolestrol dalam badan dan boleh membantu mengurangkan berat badan seseorang. Sebelum- sebelum ini pernah nampak sahaja orang post di FB dan IG tentang makanan sihat.Dan kali ini kuatkan iman dan semangat, nieyl try sendiri..
Apakah Granola?
Granola ialah sejenis hidangan sarapan pagi atau makanan ringan yang terdiri daripada emping oat, kekacang,madu atau pemanis yang lain seperti gula perang. Ada juga bertih beras yang biasanya dibakar sampai garing dan berwarna coklat keemasan.Selain itu buah kering seperti kismis,kurma,dan buah-buahan lain juga ada di campur didalam granola ini. Biasanya granola boleh di makan bersama yogurt,madu,susu dan lain-lain lagi..
Granola Baik Untuk Kesihatan
Bahan utama, gandum bijirin adalah serat yang besar dan menyokong kesihatan pencernaan kita. Dan manfaat sihat granola ini dipenuhi oleh bijirin yang dipenuhi dengan gula tambahan dan ramuan buatan. Selain itu, ianya mengandungi bahan-bahan yang sihat untuk tubuh badan kita.
Sebelum ini nieyl belum pernah lagi rasa granola ni, jadi untuk first trial nieyl try ambil flavour Berry jenama Tesco. Macam nieyl kebetulan pergi Tesco,jadi cari dekat sana saja, kalau tengok di rak bahagian cereal ini ada pelbagai jenama Granola dan flavour tetapi harganya berbeza mengikut jenama. Kalau jenama Tesco ini harga dia RM16.99, so terpulang pada korang nak try flovour apa dan jenama apa.Khasiat dia tetap sama.
Sekarang ini setiap pagi nieyl akan makan granola cereal ni untuk kawal kolestrol,Alhamdulillah. Bertahan juga sementara tunggu waktu lunch..sementara tu kalau korang rasa lapar juga korang boleh amek granola cereal ni tanpa susu..maksudnya boleh makan macam snack..sedap juga...
Granola cereal berry ni rasa dia masam- masam, oat tu biasalah tawar sebab itu nieyl gabungkan dengan full cream bagi ada lemak-lemak sikit. tapi keseluruhannya sedap..sebelum beli granola yang mahal,better try dulu yang di bawah kemampuan kita. Jom sama-sama kita jaga tahap kolestrol kita.
wow diet food
ReplyDeletemahal tak niely?
ReplyDeletenk tanye.. granola tesco ni ade cop halal ke dak?.. sbb ade check jgk sblm ni mcm xde je....
ReplyDelete