Kebaikan Oat Yang Kita Perlu Tahu | Kata orang bila kita nak berubah menjadi lebih baik pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi. Sama juga macam nieyl bila terdetik di hati untuk jalani kehidupan yang lebih sihat. Kali ini nieyl mulakan dengan slowly-slowly je supaya badan dan perut tidak terkejut dengan perubahan tu. Alhamdulillah sehingga hari ini dah 2 minggu nieyl tidak breakfast yang heavy, pagi nieyl ambil air kosong dan granola bersama susu. Isnin - jumaat memang kita boleh maintain sebab di pejabat. Bila di hari cuti sabtu dan ahad, biasalah pagi-pagi mak masak nasi goreng, bihun goreng, roti canai,nasi lemak..aduhai..memang mencabar nafsu makan. Pejam mata je makan granola dengan susu..hihihi..
Kebaikan Oat untuk tubuh badan kita
Menurut kajian antarabangsa, Oat terbukti menjadi makanan yang berkhasiat dengan kebaikannya yang tersendiri dan disarankan untuk semua peringkat umum. Ha..bukan sahaja untuk mereka yang berusia 40-an ke atas sahaja ya, sekarang ini seawal umur 20-an pun dah boleh amalkan pemakanan oat ini.
Membantu Mengawal Selera Makan
Kandungan yang ada di dalam Oat mampu mengawal hormon rasa lapar dan kita akan bersama lebih kenyang. Nieyl pagi memang akan ambil granola berserta susu sahaja,tiada makanan lain dan nieyl mampu bertahan sehingga jam 1.00 tengah hari untuk makan lunch. Alhamdulillah..Kajian juga membuktikan bahawa indivitu yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi jika mengambil 3 gram serat setiap hari mampu mengurangkan tahap kolekstrol sehingga 8%-23% hanya dengan 1 cawan oat. Hebatkan!
Mengurangkan Tekanan Darah
Penyakit yang nieyl paling takut adalah penyakit jantung. Semua sedia maklum bahawa penyakit jantung merupakan antara salah satu penyakit yang paling tinggi di hadapi dunia. Amalan diet yang betul dan berterusan mampu mengurangkan tekanan darah dan menstabilkan tekanan gula dalam badan kita. Jom amalkan pemakanan Oat.
Ada yang kata makan Oat tak sedap la,tak ada apa rasa. Apa kata ubah persepsi korang tentang Oat. Sekarang ini ada pelbagai jenis makanan sihat yang berasaskan Oat yang lebih sedap dan sihat. Nieyl sendiri pun tak boleh makan Oat kosong, jadi nieyl pilih Granola yang mempunyai bijirin-bijirin yang baik dan sihat yang boleh kita amalkan bersama buah-buahan lain. Selamat Mencuba..
bagus kan oat nie
ReplyDeletesalam singgah. mmg bagus oat ni. alhamdulillah sy pun amalkan mkn oat... :) paling takut sekali mmg serangan jantung.. huhu..
ReplyDeletesatu lg nak ajak awk join GA sy kalau sudi :)
anda dijemput! :D
http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html