28 October, 2017

Granola Cereal Bersama Chia Seed

Granola Cereal Bersama Chia Seed | Selamat Pagi korang, cuti-cuti ni tak ada pergi mana-mana ke?Nieyl hari ini nak pergi beli stok granola cereal nieyl dah habis . Alhamdulillah lebih kurang 2 minggu nieyl breakfast dengan cereal, badan rasa ringan, proses pembuangan sangat lawas dan yang bestnya ada orang tegur nampak nieyl susut sikit..hihihihi..

Sebelum-sebelum ni nieyl cuma makan cereal bersama susu segar je kan, pagi semalam nieyl cuba makan bersama dengan Chia Seed. Kata orang, Chia Seed ni banyak kelebihannya untuk tubuh badan kita. Chia seed ini kita boleh letak di nasi putih yang kita makan tu, takpun boleh letak dalam minuman yang kita minum,ish boleh letak dalam semua makanan la senang cakap.



Pagi semalam pun ada orang tanya "awak makan benda ni kenyang ke"  selama nieyl makan 2 minggu ni, Alhamdulillah..makan sikit tapi sendawa.. cereal ini memang sesuai untuk breakfast, dia bagi kita tenaga dan menyerap lemak-lemak yang tidak berguna dalam badan kita. Antara pukul 8 pagi sehingga pukul1 tengah hari boleh tahan lapar. Diantara waktu tu nieyl amalkan minum air kosong dengan banyak. 

Pukul 1 biasanya nieyl akan makan lunch yang berat,nasi berlauk terutamanya sebab pagi kita dah makan makanan sihat, lunch tu kita belanja lah perut ni makan makanan yang sedap-sedap sikit kesian dia menahan lapar.

Sekarang ini nieyl cuba amalkan makan sebelum pukul 7 atau 8 itupun kalau nieyl rasa lapar sangat, kalau tak,nieyl akan minum air kosong dan biskut. Makan malam nieyl masih cuba kawal, sebab tak nak buat mengejut takut nanti sakit pula..kita buat slow-slow je..moga terus munasabah diri..hihihi..


Walaupun ramai yang dah tahu kebaikan Chia Seed ni,nieyl tetap nak share juga untuk mereka yang baru nak start berdiet, tapi badan kita tak sama,kadang-kadang kita boleh jadikan panduan sahaja rutin sihat orang lain cuma kita kena cari rutin sihat yang sesuai dengan badan kita. Okay..Yang penting SIHAT..

  • Dapat melawan diabetes
  • Mengandungi Serat yang banyak
  • Mengekalkan kekuatan gusi dan tulang
  • Mempunyai Mangan
  • Lebih banyak fosforus
  • Kaya dengan protein
  • Dapat menstabilkan gula dalam darah
  • Mudah berasa kenyang
  • Dapat meningkatkan kesihatan jantung
  • Penuh dan kaya dengan omega -3

5 comments:

  1. nak cuba jugaklah! balik keja kena gi cari cereal hahaha

    - https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..istiqhamah ya Nieyl..

    ReplyDelete
  3. macam sedap je... pasni boleh la saya nak cuba untuk breakfast!

    ReplyDelete
  4. minat gak ambik granola. mmg sedap kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)