31 October, 2017

Resepi Ikan Kembung Masak Singgang

Resepi Ikan Kembung Masak Singgang | Salah satu masakan yang nieyl jarang masak di rumah adalah masak singgang, sebab nieyl tiada keyakinan nak masak singgang yang sedap. Ramai kata ala masak singgang ni senang je campak-campak je bahan dia. Itu mungkin bagi mereka-mereka yang dah biasa atau selalu masak ya. Orang macam nieyl ni,baru beberapa kali masak, semalam merupakan kali yang ke-3 nieyl masak Ikan singgang ni tau. 

Dan bila dah kali ke-3 masak mestilah rasa dia makin meningkat sedapnya..hahaha..angkat bakul sendiri, ee..tak adalah ini betul, husband kata ini yang paling sedap,banyak dia makan tau..so,bila dah kata sedap wajib lah share. Supaya mereka-mereka yang macam nieyl ni yang baru nak berjinak memasak lauk sesimple ini,boleh try..tak gitu ke...


Bahan-bahan

  • Ikan kembung atau apa-apa ikan
  • Bawang merah- dihiris halus
  • Bawang Putih - dihiris halus
  • Lengkuas 1 inci 
  • Serai 1 batang- diketuk
  • Bendir /tomato
  • Kunyit 1 inci * nieyl terlupa beli,so guna serbuk kunyit je
  • Asam keping (nieyl letak 4 keping)
  • Cili Api
  • Garam dan serbuk perisa kalau ada
Cara-cara memasak
  • Rebus air,kuantiti air tu bergantung pada korang nak banyak atau sikit ya,kalau nieyl letak setengah periuk kecil
  • Masukkan bahan-bahan yang dihiris halus bersama serai,asam keping, kunyit dan lengkuas,biar sehingga mendidih
  • Masukkan bendi,cili api ,biarkan 5 minit masukkan ikan
  • kemudian masukkan garam dan serbuk perisa
  • biar mendidih dan tutup api dan boleh hidang...


Selamat Mencuba!

7 comments:

  1. Kalau nak lagi sedap kan...letak budu skit...dalam 2-3 sudu...huiiiiii...sodap gilo

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap.(^_^) ucing singgah sini.

    ReplyDelete
  3. Lazat....makan dengan nasi...kuah lebih....

    ReplyDelete
  4. fav sangat ni..x yah lauk lain dahhh...buh nasik, tuang kuah singgang lam pinggan/mangkuk, mmg kenyang menghirup kuah tu jer..hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)