Pengalaman Pertama Kali Ikut Rombongan Majlis Pertunangan | Sebelum-sebelum ni nieyl memang tak pergi pun majlis pertunangan ni, zaman abg-abg nieyl dulu pun nieyl tak pergi sebab jauh dan masih sekolah. Jadi,last week MIL nieyl ajak pergi menghantar anak jiran sebelah rumah nak bertunang,majlis pertunangan tu dekat Kajang.So,dekat sahaja la..45minit sampai..
Ini adalah hantaran-hantaran dari belah lelaki, ada telekung, tepak sirih, tempat cincin, buah -buhan dan kek ..Kalau nak tahu,hantaran buah tu nieyl yang buat tapi sebab buah sahaja kan,letak-letak jela janji susunan dia cantik sahaja.hihihi..Hantaran yang lain jiran-jiran MIL nieyl yang buat.
Yang ini pula hantaran dari pihak perempuan, simple tapi menarik sebab dia gunakan kotak kayu,kalau dulu-dulu dengan tulang tembaga yang berat tu siap lapik kan. Sekarang ni semuanya dah ada yang ready made.
Temanya warna purple,MIL dengan cik ema memang selalunya sedondon. Yang tengah tu cik ita jiran sebelah rumah MIL nieyl. Kiranya macam mak-mak nieyl juga semua ni..rapat dan akrab..
Kenangan bersama ahli rombongan sebelum majlis pertunangan dan perbincangan bermula. Amboi bukan main yang belakang tu ya...
Cik Ita bersama bakal menantu,InsyaÁllah..Tak sabar rasanya nak kenduri besar sebab last kenduri besar dekat lorong rumah MIL time angah kahwin (adik husband). InsyaÁllah tempoh pertunangan adalah setahun,tapi kalau dah cukup segalanya..awal pun lebih baik.. Teringat pula zaman nieyl bertunang dulu, tempoh setahun dijadikan 4bulan sahaja. Ha..bukan gelojoh ya..atas sebab-sebab family belah husband nak kahwinkan sekali dengan adik ipar nieyl.So,skali naik dua beradik la...
Sebelum pulang wajib bergambar dulu bersama si bujang yang bertunang tu, Kalau korang nak tahu, semua yang pergi ini adalah jiran-jiran yang ibarat big family dekat area rumah MIL tu. Walaupun duduk area taman perumahan, silaturrahim tu macam di kampung..very close dan sangat bekerjasama dalam apa sahaja yang kita rancangkan.
Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar. Tapi ingat ya..bertunang bukan lesen ya..masih lagi haram,jaga diri,jaga tingkah laku semoga perancangan ke arah membina masjid akan dipermudahkan hendaknya..Amin...
menarik kan
ReplyDeleteada pengalaman baru
Banyak kali jgk ikut ... Kalau kena pegang hantaran, suka pegang buah atau coklat, sebab nnt blh pau... Huhuhu ...
ReplyDelete