KUALA LUMPUR: Rumah adalah tempat perlindungan, namun tugas
untuk membersihkannya supaya bebas kotoran kadangkala menjadi perkara
merumitkan terutama apabila kotoran dan minyak degil terperangkap sejak
bertahun-tahun lamanya.
Antara perkara biasa dihadapi termasuk
kotoran minyak licin pada lantai garaj yang mungkin menjadi kekal, kotoran
minyak makanan yang degil pada permukaan meja dapur, kotoran degil pada roda
kenderaan serta cap jari berminyak pada permukaan dinding.
Tidak ada sesiapa pun mahu menghabiskan masa
berjam-jam untuk membersih dan menyental kotoran degil berkenaan – bukan anak
anda, ibu bapa atau diri anda sendiri. Anda juga sedia tahu bahawa tidak kira
berapa lama masa yang dihabiskan untuk menyental kotoran, ia tidak memberi
jaminan kotoran itu dapat dihapuskan!
Jadi, jangan membuang masa dan dapatkan
khidmat pakar untuk melakukan tugas berkenaan. Ia bukan sekadar pakar kerana
khidmat yang diberikannya amat pantas dan cekap. Kami bercakap mengenai Penanggal Minyak Bertindak Pantas WD-40® Specialist™
yang merupakan satu penyelesaian berasaskan air untuk menanggalkan kotoran
serta minyak dengan cepat.
Penggunaannnya cukup mudah iaitu dengan menyemburkan pada
permukaan, biarkan beberapa minit sebelum bilas dengan air. Buih-buih berkuasanya
berfungsi serta merta dan terus menghapuskan kotoran dengan pantas. Kesannya
cukup menakjubkan dan boleh dilihat dalam tempoh singkat!
Anda boleh mencuba dengan menyemburkannya pada
permukaan roda kenderaan dan hasilnya boleh dilihat serta merta apabila kotoran
tertanggal dengan pantas menerusi kehebatan buihnya. Kemudian, lapkan ia
dengan kain bersih dan tugas anda selesai!
Sama juga untuk kotoran minyak pada permukaan
lantai. Hanya semburkannya pada kawasan itu dan tunggu beberapa minit untuk
melihat hasil menakjubkan, kemudian lapkannya.
Penanggal minyak berasaskan air yang berkuasa
ini turut berfungsi pada plastik, besi dan selamat digunakan pada permukaan
yang sudah dicat.
Ia juga mematuhi RoHS – yang bermaksud ia
tidak menggunakan atau mempunyai tidak lebih daripada tahap yang dibenarkan
dari mana-mana 10 bahan yang dilarang oleh Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan
Eropah. Bahan-bahan ini membahayakan alam sekitar, mencemarkan tapak pelupusan
sampah dan berbahaya dari segi pendedahan pekerjaan ketika pembuatan dan kitar
semula dilakukan.
(Bahan yang
dilarang di bawah RoHS adalah plumbum (Pb), merkuri (Hg), cadmium (Cd),
hexavalent chromium (CrVI), polybrominated biphenyls (PBB), polybrominated diphenyl ethers (PBDE), dan empat phthalates lain
iaitu (DEHP, BBP, BBP, DIBP).
Oleh itu, cubalah Penanggal Minyak Bertindak Pantas WD-40® Specialist™
hari ini dan maklumkan kepada kami hasilnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini – atau WD-40®
Specialist yang lain – anda boleh ke
pautan https://goo.gl/dXjhnn atau http://wd40.asia.
Tentang syarikat WD-40®
Syarikat
WD-40® adalah
pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti
ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan
pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas
Missile (peluru berpandu) dan ia diubah
kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi,
melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.
Produk syarikat WD-40®
sentiasa menjadi pilihan mereka yang
profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka
seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit.
Hari ini WD-40®
boleh diperolehi di seluruh dunia dalam
pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40®
Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40®
Specialist™ Automotive.
Rangkaian produk WD-40®
boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat
lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia
Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com
bagus produk nie nk cuba la
ReplyDeletebagus simpan satu di rumah
ReplyDelete