Showing posts with label Fridge Magnet. Show all posts
Showing posts with label Fridge Magnet. Show all posts

17 November, 2017

Fridge Magnet dari Vietnam

by on November 17, 2017
Fridge Magnet dari Vietnam | Salam jumaat semua, wah..nieyl happy la sekarang ni orang-orang sekeliling nieyl yang suka pergi oversea dah tahu dah nak beli ole-ole apa untuk nieyl. Bulan lepas nieyl dapat FM dari korea ngan Busan kan.. This month nieyl dapat dari Vietnam pula,yang bestnya FM yang nieyl dapat semuanya berlainan..yang ni comey kan?


03 November, 2017

FM dari Korea dam Busan

by on November 03, 2017
FM dari Korea dam Busan | Korea?Hmm..belum ada peluang lagi nak pergi ke sana walaupun ada hajat dan cita-cita nak pergi sana tu. Tapi tak apa la,tak pergi pun dah banyak cenderahati dapat dari sana. So, kali ini nieyl dapat dari Korea dan Busan. Yang bestnya FM bentuk dan gambar ni nieyl belum ada lagi dalam koleksi..yeay!terima kasih pemberi... ♥


22 April, 2017

Pencinta Fridge Magnet

by on April 22, 2017
Pencinta Fridge Magnet | Salah satu minat en.husband dengan nieyl yang sama adalah kami berdua suka kumpul fridge magnet tidak kira luar negara ataupun dalam negara. Selalunya adalah pemberian kawan-kawan office, boss yang suka travel tapi ada juga yang nieyl dan en.husband beli itu biasanya di dalam negara lah. Setiap negeri kami pergi, kami akan beli fridge magnet yang pastinya tidak akan sama yang sedia ada. 


Antara pemberian fridge magnet luar negara dari officemate adalah dari INDONESIA, BANDUNG, KRABI, JAPAN, KOREA, DUBAI, SINGAPORE dan banyak lagi. So, officemate memang dah tahu yang nieyl memang suka fridge magnet.Tengoklah board sampai dah penuh dekat dapur. En.husband kata sebelum puasa ni nak pergi beli satu lagi board.

Sebelum ini memang nieyl letak semua fridge magnet ini di pintu fridge, tapi di sebabkan anak-anak buah nieyl yang kecil-kecil ni sangat tertarik dengan fridge magnet yang cantik dan comel tu nieyl terpaksa alihkan dan sebab keduanya adalah pintu fridge  kita boleh jadi rosak tau,kalau letak fridge magnet ini lama-lama dan magnet belakang tu akan cepat tercabut.

Kalau ada yang tertanya apa nama board ini, nama dia Magnetic Board , korang boleh beli di IKEA dengan harga kalau tak silap nieyl dalam RM39.90 dan dia ada banyak size. Jadi,harga tertaluk pada size yang korang nak la ya..