Showing posts with label Tambah lagi koleksi PINK. Show all posts
Showing posts with label Tambah lagi koleksi PINK. Show all posts

14 January, 2026

Beg Bekal Baru

by on January 14, 2026

 


hahaha..korang jangan jemu tau tengok warna pink dalam entry nieyl..
hari ni nieyl bawa beg bekal baru semestinya warna pink..hahaha..pitam mak!
beg ni nieyl beli dekat Mr. Diy..
Beg ni nampak je dari luar macam kecik , tapi sebenarnya dia boleh masuk banyak..

Nampak tak?nieyl isi banyak bekas dalam beg ni


Ok ini bekal nieyl untuk breakfast dan juga lunch..
4 bekas boleh masuk dalam beg pink tu..


Selalunya kalau pukul12.30 tu nieyl akan pergi pantry untuk panaskan nasi,
lauk lunch dalam microwave..
lepas tu masukkan dalam beg ni semula..
pukul1 tu baru nieyl start makan, makanan nieyl still masih panas lagi dalam beg tu..
sebab itulah nieyl suka , dahlah besar, mudahkan nieyl dan makan nasi lauk panas-panas..
baru sedap kan..

27 November, 2023

Barang Pink Sampai dah

by on November 27, 2023

 

Barang Pink Sampai dah | Dari dulu lagi kalau bekerja terutamanya bila perlu mengadap monitor nieyl akan pakai headphones. Apabila pakai headphones dengar musik yang nieyl suka, nieyl boleh buat kerja dengan lebih fokus dan tenang. Jadi, headphone ni memang sangat penting bila nieyl bekerja. Sebelum ni nieyl guna headphone yang jenis ada wayar tu beli dekat Mr. DIY , kebetulan bulan lepas terjatuh dan dia punya magnet dalam tu dah tertanggal rasanya sebab bila sengetkan kepala dia bunyi magnet tu kuat bergolek sangat kuat dan sakit gegendang telinga nieyl. Jadi, nieyl terus cari dekat shopee headphone baru. 

Tadaaa...cantik tak?warna pink juga menjadi pilihan hati. Actually dia ada banyak je warna tapi biasalah nieyl dengan pink memang tak boleh nak dipisahkan. Kali ni nieyl beli yang jenis wireless punya, lagi best sebab nieyl terus connect dengan pc nieyl, so bila nieyl buat kerja dekat bilik mesin pun masih boleh dengan music yang nieyl tengah layan. Cuba teka harga dia berapa? RM18.50 je tapi sumpah sound dia memang sedap. Tak rugi beli walaupun harga dia tak mahal mana. Sekarang ni nieyl tengah tengah layan lagu-lagu Ella sambil menaip entry... ♥



11 November, 2016

Tambah lagi koleksi PINK

by on November 11, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Tambah lagi koleksi PINK | Kalau orang tanya, suka warna apa? nieyl akan jawab ofcouse lah pink..kebanyakkan wanita memang warna pink salah satu fav color dia. Termasuklah orang yang tengah menaip nie, salah satu fav color adalah PINK selain dari Biru dan Purple. Kalau PINK tu lebih 60% la, berbanding 2 warna yang lain tu.

Semalam baru beli earphone dan USB Cable warna PINK...Yeayyyy...nampak tak tu bekas letak cop-cop pun warna pink..nasib lah ya...bos dapat PA yang gila warna Pink.. 



Salam Jumaat semua!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png