14 October, 2026

Lagu Lama Yang Menghidupkan Kembali Kenangan

 

Pernah tak korang sedang dengar radio dalam kereta,
tiba-tiba terdengar lagu lama yang dah bertahun-tahun tak didengari?
Tiba-tiba teringat zaman sekolah,
kawan-kawan lama, kenangan bersama keluarga
atau seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita.

Kalau nieyl, banyak lagu-lagu lama yang berkaitan dengan kenangan nieyl, 
Yang paling dekat dengan nieyl
"Sejarah Mungkin Berulang"

Ketika lagu ini kalau tak silap nieyl tahun 1999,
nieyl darjah 6, duduk di asrama masa tu..
Tv dan radio hanya ada di dewan makan..
Hari cuti bila acik dewan makan tu pasang radio, 
keluar lagu popular, macam anak itik keluar kandang..
berlari pergi dewan makan hahaha...
lepas tu zaman dulu, kan kita boleh tulis surat dekat artis..
bila dapat balasan tu, riuh satu asrama hahaha..

So, bila dah tua-tua ni dengar semula,
kita memang akan teringat suasana tu..

Kalau korang, lagu apa yang korang dengar
mesti terus teringat kenangan tu..share la..

8 comments:

  1. Wah siap tulis surat dekat artis kesayangan ye... Akk dulu gunting gambar artis tampal dlm buku haha

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. kdg2 tgh bawa kereta .. DJ radio pi main lagu 90an.. mmg teringat kembali kenangan lama huhuu..

    ReplyDelete
  3. Kak SA suka kalau lagu2 popular penyanyi2 lama macam Ziana zain, kumpulan2 rock lama yg lagu2 diorang jadi siulan zaman tu...

    ReplyDelete
  4. Lagu Feminin, 4U2C. Zaman tu sekolah menengah dan salah seorang anggota 4U2C yang nama Rin tu sekolah menengah sama dengan akak. Hehe

    ReplyDelete
  5. tau tak, lagu sejarah mungkin berulang tu antara lagu yang paling ammi tak suka dengar dulu... entahlah kenapa. rasa mcm meleweh2 je.

    kalau ammi lebih kepada lagu yang keras2 sikit..

    ReplyDelete
  6. yesss...setuju lagu lama majoriti nya best best kan

    ReplyDelete
  7. Dulu hiburan kita, tV dengan radio jelah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)