Kali ini nak kongsi aktiviti Nieyl potong kuku Rayhana pula. 💕
dari kecil lagi memang nieyl yang akan potong kuku budak ni sebab mommy dia tak berani..
Nampak macam perkara kecil sahaja, kan? Tapi inilah antara rutin harian yang perlu diberi perhatian. Kuku yang panjang mudah memerangkap kotoran, jadi kena rajin potong dan pastikan sentiasa bersih.
Kadang-kadang, perkara kecil macam inilah yang menjadi sebahagian daripada kenangan manis dalam kehidupan seharian kita. Tak semestinya kena ada cerita besar baru boleh dijadikan entry blog. Cerita biasa pun ada kenangan tersendiri kan..

Saya pernah ada pengalaman 'ngeri' ketik kuku anak masa dia baby. Dlm beberapa bulan rasanya. Tersalah ketik. Berdarah. Nasib masa tu berhenti kat RnR terus pergi cari minyak gamat.
ReplyDeletesampai sekarang, kadang2 dok potong kuku anak2 juga..sebab geram, depe malas nak potong kuku..
ReplyDeleteDulu time potong kuku Dania masa kecik pun seram juga Nieyl sebab takut terpotong lebih nanti sakit. Bab ni yang ibu2 takut. Siap pakej menggeletar bila potong first time tu. Dah la budak ni bukan duduk diam.
ReplyDelete