27 November, 2023

Barang Pink Sampai dah

 

Barang Pink Sampai dah | Dari dulu lagi kalau bekerja terutamanya bila perlu mengadap monitor nieyl akan pakai headphones. Apabila pakai headphones dengar musik yang nieyl suka, nieyl boleh buat kerja dengan lebih fokus dan tenang. Jadi, headphone ni memang sangat penting bila nieyl bekerja. Sebelum ni nieyl guna headphone yang jenis ada wayar tu beli dekat Mr. DIY , kebetulan bulan lepas terjatuh dan dia punya magnet dalam tu dah tertanggal rasanya sebab bila sengetkan kepala dia bunyi magnet tu kuat bergolek sangat kuat dan sakit gegendang telinga nieyl. Jadi, nieyl terus cari dekat shopee headphone baru. 

Tadaaa...cantik tak?warna pink juga menjadi pilihan hati. Actually dia ada banyak je warna tapi biasalah nieyl dengan pink memang tak boleh nak dipisahkan. Kali ni nieyl beli yang jenis wireless punya, lagi best sebab nieyl terus connect dengan pc nieyl, so bila nieyl buat kerja dekat bilik mesin pun masih boleh dengan music yang nieyl tengah layan. Cuba teka harga dia berapa? RM18.50 je tapi sumpah sound dia memang sedap. Tak rugi beli walaupun harga dia tak mahal mana. Sekarang ni nieyl tengah tengah layan lagu-lagu Ella sambil menaip entry... ♥



7 comments:

  1. Nak kena cari satu jugak ni sebab yang ada sebelum ni dah rosak.

    ReplyDelete
  2. ella legenda rock tuuh 😜😜

    ReplyDelete
  3. Cantik! Cuya tak dan nak beli online sebb nk pakai cepat.....beli kt kedai je.
    Last2 tak pakai sangat, pakai earphone je

    ReplyDelete
  4. Cantik...akak plak x bleh guna headphone, sebabnya kena focus ngan boss dan team..kang kejap2 diorang ketuk meja..kejap2 tarik headphone kita..memang x selesa nak pakai..last2 pakai masa tgok netflix dalam train

    ReplyDelete
  5. aww comelnya kaler pink macaroon gitu kan

    ReplyDelete
  6. Suami saya pun tak bisa lepas dari headphone. Apalagi kalo saat work from home. Krn pasti hrs meeting dengan officenya.

    Saya pula tak pernah pakai lagi, sejak masalah infeksi dengan gendang telinga Bbrp THN lalu. Macam trauma jadinya 😅. Tapi kalo terpaksa pakai, saya lebih suka model headset seperti punya kakak, daripada yg pakai wire atau yg bawaan dari hp nya. Itu LBH sakit di telinga saya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)