14 November, 2023

Singgah Di Mamee Jonker House, Melaka

 

Singgah Di Mamee Jonker House, Melaka | Kita sambung cerita dekat Melaka hari tu ya, lepas check out pukul10 pagi tu, nieyl memang plan nak singgah dekat Mamee Jonker House ni dengan adik-adik ni. Dah banyak kali pergi Melaka tapi masa tidak mengizinkan, so..bila masa dah ada, geng pun ada jadi kita singgahlah sekejap untuk ambil pengalaman. 

Masuk-masuk memang nampak macam kedai serbaneka tapi kena masuk dalam sikit baru nampak kaunter pembayaran dan juga kaunter untuk beli tiket masuk. Harga tiket RM15/pax. Dia akan bagi kita cup mamee kosong. Cup tu nanti yang korang boleh main color ikut kreativiti korang. 

Dalam tu ada beberapa set kerusi dan meja dan pen warna yang korang boleh guna untuk colorkan cup korang tu. Kalau korang macam tak ada idea tu, takyah risau sebab keliling korang tu penuh dengan cup-cup yang telah diwarnakan. Korang boleh je tiru , ambil idea ke..Sambil-sambil korang mewarna tu kalau pergi dengan kawan-kawan bolehlah sembang-sembang, kalau pergi dengan anak-anak boleh ajar anak-anak color-color. Nieyl pergi dengan 3 orang adik-adik ni memang seronoklah layan dieorang ni bersembang, gelak, ketawa semua memang terasa muda betul hehehe..

Nieyl tak ambil masa yang lama untuk color ni lebih kurang 30 minit macam tu je dah siap dah. Sementara menunggu lagi 3 orang ni siap mewarna, nieyl bergambarlah la dulu dengan hasil yang tak berapa nak kreatif sangat ni. Terima seadanya...hehehe

Dari kecil sampai ke besar ni, kalau mamee je memang warna biru je terfikir. See..masing-masing mamee sama je warna biru. Cuma ada je mamee warna lain nieyl tengok yang dekat display tu. So, tak semestinya warna biru, boleh je warna lain tau. Ikut kreativiti korang. Sebab cup ni akan jadi milik korang dan korang boleh bawa balik. 

Lepas selesai mewarna, cup kita tadi tu kita masukkan dalam bilik kaca untuk di masukkan rencah dan juga 4 bahan yang kita pilih untuk masukkan dalam cup mamee kita tu. Kemudian dia akan wrap cup kita dengan rapi macam dekat kedai. Dan masukkan dalam kotak yang comel untuk kita bawa balik. 

Comelkan kotak dia tu. Nak bawa balik pun senang silangkan aje macam sling bag. Lepas dah ambil mamee kita ni, laluan nak keluar dari Mamee Jonker House ni ada tempat untuk bergambar bertemakan mamee dan ada cafe juga situ, so..bolehlah kalau nak bergambar dekat situ sebelum balik.

Nieyl tak lepaskan peluang bergambar dekat frame mamee yang warna warni, cantik. Kenangan yang nak bagitahu yang nieyl dah sampai walaupun dah tua baru sampai hehehe..so, kalau yang pergi melaka tu, nak bawa anak-anak bolehlah datang sini. Tapi kalau nak datang tu awal la sikit, masa nieyl datang ni pun dalam pukul10.30, dia buka pukul10 pagi. Kalau parking tu, korang jangan risau..dekat situ memang ada banyak parking cuma berbayarlah. Masa nieyl pergi tu parking berbayar rasanya dalam rm4 ke rm5. Dari tempat parking tu dalam 5 minit macam tu, dah sampai Mamee Jonker House. Dia dekat dengan Jonker Street. Selamat bermamee ♥

Mamee Jonker House
46 & 48, Jalan Hang Jebat,
Melaka

Dibuka setiap hari
Jam 10 pagi - 6 Petang










7 comments:

  1. slmt ber mamee
    dpt ootd disitu nampak cantik

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Aah..ada rm15/pax, masa nieyl pegi tu ramai kanak2..nampak dieorg mmg teruja sgt color2 ni..lepas tu boleh nampak staff packing mamee kita tu..

      Delete
  3. cantik.. teringin nak pi jugak . hari tu lalu dah petang, memang full je semua parking nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah akak...
      dah alang2 ke sana tu kan..
      bukan kata budak je teruja, yg bosar2 ni pun sama hehehe

      Delete
  4. setiap 2 minggu lalu kat kilang mamee di ayer keroh sbb hantar si bujang balik asrama...tp nak ke jonker walk tu macam hmmmm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)