20 November, 2023

Kaya dengan coklat


Kaya dengan coklat | Dari last week lagi nieyl memang terima beberapa ole-ole coklat dari officemate. Yang latest pagi tadi la yang gambar atas ni dia baru balik mesyuarat dekat Langkawi. Nieyl pun tak pasti sama ada nieyl ni seorang penggemar coklat ataupun kalau orang bagi kita makan. Tapi biasanya coklat-coklat yang mereka bagi ni agak ambil masa juga nak habiskan, kadang-kadang berminggu-minggu kang baru terasa nak makan. 

Selalu je dengar orang kata makan coklat ni menggemukkan, kan korang pun ada dengar juga kan. Bukan gemuk je, kena kencing manis, naik jerawat lah. Adoi la.. Tak boleh genglah kalau orang yang fobia sangat dengan coklat ni. Dengar sini ya, nak bagitahu.. Kajian menunjukkan coklat tiada berkaitan dengan masalah kencing manis, gigi rosak, paras kolesterok yang tinggi ataupun penyakit jantung. Apa sahaja makanan semuanya ada kebaikan dan keburukan cuma kenalah jadi pemakan yang bijak. Kawallah kuantiti yang kita makan tu. Takkanlah kita makan coklat pagi sampai ke malam, agak-agaklah kalau ia pun suka coklat kan. Lepas makan coklat tu, rajin-rajin lah pergi gosok gigi tu. Kalau tidak, memang bakteria sukalah dapat makanan free itu yang merosakkan gigi tu. 

Nieyl nak share 10 faktar menarik tentang coklat yang nieyl baca. Kalau korang baca mesti korang pun akan cari coklat kejap lagi ni..

  • Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Kerosakan Gigi
    Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula di dalam coklat boleh menjejaskan fungsi agen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.
  • Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Jerawat
    Satu kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan Pennsylvania mendapati penggunaan coklat tulen tidak memberi kesan terhadap pertumbuhan jerawat atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan kulit. Malah pakar perubatan tidak menemui sebarang bukti sahih yang boleh mengaitkan pengambilan coklat sebagai punca jerawat. Tetapi masalah jerawat boleh berpunca daripada coklat yang menggunakan susu.
  • Kafein di dalam Coklat Bukan Penyebab Keresahan
    Umum mengetahui bahawa koko mengandungi bahan perangsang seperti kafein dan theobromine. Kuantiti bahan-bahan ini adalah kecil di dalam kandungan coklat. Kajian mendapati 1 auns (28.3 gram) coklat pahit mengandungi 5 ke 10 miligram (mg) kafein dan 10 mg kafein pada 170 mililiter (ml) cawan koko berbanding 100-150 mg kafein dalam 220 ml cawan kopi. Oleh yang demikian, anda perlu makan lebih daripada satu dozen coklat untuk mendapatkan jumlah kafein yang sama dengan secawan kopi.
  • Coklat tidak menyebabkan migraine
    Walaupun masih tiada bukti kukuh yang menyokong pendapat ini, tetapi terdapat kajian menunjukkan coklat turut menjadi pendorong rasa sakit kepala terutamanya di kalangan pesakit migraine.
  • Coklat TIDAK menyebabkan peningkatan paras kolesterol
    Umum mengetahui coklat mengandungi asid stearik iaitu sejenis lemak neutral yang tidak menyebabkan peningkatan kadar kolesterol tidak sihat atau LDL.Malah, lemak koko dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis lemak mono tak tepu, yang juga ditemui pada minyak zaitun. Ia sebenarnya meningkatkan kandungan lemak sihat yang diperlukan badan (HDL). Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
  • Coklat Sebagai Makanan Yang Sihat
    Koko mengandungi pelbagai khasiat walaupun ia datang di dalamkuantiti yang kecil. Kajian menunjukkan sekeping coklat sus seberat 42.45 gm membekalkan 3 gm protein. Jadi, ia juga membekalkan protein buat tubuh badan! Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Di samping itu, coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin.
  • Coklat tidak bertindak mengawal emosi dan tingkah laku
    Penyelidik dari Neurosciences Institute, San Diego, California menyatakan bahawa coklat mengandungi bahan yang mengawal tingkah laku dan mood seseorang individu. Menurut kajian tersebut, bahan ini memberi kesan seperti pengambilan dadah yang merangsang tindak balas fizikal dan psikologi. Tetapi kebenarannya adalah amat kecil memandangkan kandungan bahan di dalam coklat adalah kecil dan tidak akan menyebabkan tindak balas seperti yang ditunjukkan di dalam kajian itu.
  • Coklat Bukan sebagai Punca Penyakit Jantung
    KAJIAN Mayo Clinic, University of California, University of Scranton dan Pennsylvania State University menunjukkan coklat mengandungi bahan kimia, flavonoid, yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang menghalang atau melambatkan kerosakan sel dan tisu badan.
  • Coklat Bukan Punca Masalah Batuk Berlarutan
    RAMAI percaya coklat tidak baik untuk mereka yang batuk. Namun pada hakikatnya, coklat berkesan untuk menghalang batuk yang berterusan. Bahan yang diberi nama Theobromine yang terdapat di dalam coklat didapati lebih berkesan daripada pengambilan ubat batuk yang terdapat di pasaran. Coklat juga didapati melega dan melembapkan tekak.

  • Coklat TIDAK menyebabkan barah
    Coklat adalah antara makanan yang mempunyai kandungan plumbum paling tinggi. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Amerika Syarikat menyebut kandungan plumbum dalam coklat amat rendah dan tidak memberi kesan buruk sekalipun dimakan dalam kuantiti yang banyak.



4 comments:

  1. good afternoon Nieyl..lambat menjengah hari ni kan..
    kak ayu memang hantu coklat (beside hantu kopi kann) but lately ni dah slow down skt la cuba kalau dark choc memang fav la kan....
    have a good day dear!!!

    ReplyDelete
  2. Coklat memang banyak manfaat. Sy mmg hantu coklat lebih2 lari dark coklat

    ReplyDelete
  3. ammi pun rasa ammi bukan penggemar coklat..1 bar coklat tu kadang2 2 minggu baru habis. Dan perasan anak-anak pun sama. Taktaulah kalau sejenis malas nak patah2kan bar sebab ammi selalu cakap jgn makan habis sekali harung. makan sikti2

    ReplyDelete
  4. Hahahahah yg coklat jadi penyebab batuk itu sering saya sebut2 pula ke anak 😂. Ternyata tidak yaa.

    Pernah baca coklat sbnrnya bagus. Tapi memang yg dark coklat . coklat yg beredar Skr ini, banyak mengandung gula dan susu. Ini sebenarnya yg tidak terlalu baik. Tapi asalkan kita makan secukupnya saja, it's oke kan ☺️. Saya pun msh makan coklat. Tapi tak banyak, dan tidak tiap hari juga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)