15 November, 2023

Lunch di Restoran Dondang Sayang, Melaka

Lunch di Restoran Dondang Sayang, Melaka | Adoi nieyl tak habis lagi ke story Melaka ni?Mesti korang ada kata macam tu kan?baik mengaku hahaha...ke tak ada?Tempat best mesti kena share, tak bestlah sorang-sorang je yang rasa kan. Oklah yang mana stay dan setia membaca entry nieyl ni terima kasih ya, kalau tengok gambar je pun tak apa. Oklah kita sambung, bila dah penat mewarna seperti kanak-kanak tu, perut pun dah mula mencari makanan. Actually, restoran ni nieyl dah search hari pertama sampai Melaka. Tapi disebabkan lokasi dia bertentangan dengan hotel, so nieyl decide kita pergi time nak balik ke Putrajaya. 

Apa yang menariknya restoran Dondang Sayang ni adalah kedudukan restoran ni adalah di kawasan perumahan dan rumah teras dijadikan restoran yang sayang cantik, unik dan sejuk mata ko memandang. ha..cenggitu la. Tapi nieyl sangat excited sebenarnya sebab kan pemandangan dia kalau korang tengok memang nampak seperti rumah yang cantik tetapi dalam dia adalah restoran. Nieyl ada snap beberapa gambar untuk share dengan korang. Pemandangan dan suasana diluar rumah. 

Depan rumah di letakkan beberapa table dan kerusi. Korang boleh pilih nak duduk di dalam ataupun diluar santai-santai. Tapi untuk nieyl, lunch better dekat dalam la ada aircond lepas tu suasana dia seperti kita dalam rumah kita sendiri. Lagipun cuaca panas dik, kalau makan dekat luar tu dengan bahang panas, sama-sama menitis peluh..So, kalau dekat luar ni waktu  redup ok sesuai tapi kalau korang datang, dalam dah penuh tu..tak ada pilihan, duduk jela dekat luar tu sambil tengok pemandangan hiasan pokok hijau di keliling. 

Yang ni area depan kaunter pembayaran dan order.

Hiasan pokok hijau di pintu masuk

Pandai owner ni deko dia punya restoran, banyak pokok hijau

ini bahagian dalam banyak juga meja, tapi kalau bersembang ke gelak ke jangan la kuat-kuat, jiran sebelah meja pun boleh dengar. hehehe..

Alhamdulillah masa sampai tu banyak lagi tempat kosong, jadi nieyl pilih duduk dekat dalam la since ada kosong kan, dekat luar time ni memang panas. Lega dapat duduk dekat dalam sejuklah sikit dan nak makan pun selesa. Ok dekat sini order kena pergi dekat kaunter, lepas order dia akan bagi alarm bila order dah siap, dia bunyi tu. Style dekat sini order, makan dan baru bayar. Kalau dah order, nak tambah apa-apa pun masih boleh. 

Ha..nampak tak simple je kiteorang order lunch dekat sini. Actually korang nampak je kan macam ala sikitnya. Tapi kan korang, untuk kami berempat ni tak habis pun, jenuh minta adik-adik nieyl ni habiskan. Ikan keli sambal tu nieyl order 2 ekor, ikan keli sambal dia memang recommended la sangat sedap, kalau korang pergi sini, try order okay. Budak bertiga ni makan ikan keli, macam nieyl memang suka makan patin. So, nieyl order patin goreng. Ya Allah patin tu panas-panas lagi masa sampai tu, memang terbaiklah.. Lepas tu kita ada order air 4 cawan, lepas tu tambah lagi 2 cawan hahaha..  So, total semua RM78. 

So, pada nieyl restoran ni boleh repeat lagi nanti. Sebab bila datang melaka je orang akan cari Asam Pedas. So, dekat sini macam-macam masakan ada, pilih ikut kesukaan korang. Harga pada nieyl ok kenyang, sedap dan puas hati, cuma kalau yang jenis makan bertambah, maybe order lebih setiap menu..

Restoran Dondang Sayang
72, Jalan Panglima 1,
 Bukit Serindit, 75400 Melaka

Waktu Operas
11 pagi - 7 malam setiap hari






 

1 comment:

  1. cantiknya cafe dia.. pokok2 semua pun cantik...
    foods pun nampak menyelerakan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)