Memori 3 hari 2 malam Pergi Hari Keluarga Pejabat | Dah lama rasanya nieyl tak pergi team building ataupun hari keluarga pejabat, kalau tak silap last pergi team building tahun 2017 atau 2018 itupun masa dekat pejabat lama. Lepas tu nieyl pindah ke pejabat baru, 2020 dah start PKP sampai 2022 kan, masa 2 tahun ni memang tak boleh nak buat apa-apa aktiviti lah, jadi tahun 2023 ni lah kata boss macam mana pun kena buat juga sekali sebelum dia bersara wajib. Jadi, pada tanggal 27 -29 Oktober 2023 team berjaya menjayakan program pengukuhan dan hari keluarga pejabat di Melaka.
Program bermula pada jam 8 malam selepas makan malam. Selepas sesi berkenalan dengan fasi yang dilantik dari luar, kita buat pembahagian group melalui kotak beracun ya...Ok dalam kotak tu ada 6 jenis warna kain, jadi setiap group akan ada 6 orang ahli, dia takkan jadi lebih ataupun kurang. Kalau tengok gambar dekat atas tu kan, nieyl perhati je kenapa tak ada orang lagi yang ambil warna yang sama dengan nieyl, orang lain ada juga yang jumpa dah ahli groupnya.
Selepas habis pusingan, fasi minta berkumpul mengikut warna kain yang kita dapat dalam kotak tu. Sekali berkumpul, hahaha..semua bos-bos dalam group nieyl kira yang paling muda tu nieyl la, nieyl satu group dengan pengarah(boss nieyl). Bila dah duduk dalam kumpulan, arahan yang pertama yang kita kena buat adalah melantik ketua kumpulan. Mula-mula kiteorang dah lantik dah ketua, sekali fasi kata yang paling muda jadi ketua, hahaha...rasanya macam dah tak boleh nak lari dah kan...hahaha..jadi nieyl la yang jadi ketua rumah purple sepanjang 3 hari.
Sebelum aktiviti sukaneka, setiap group perlu buat logo bendara. Dan ini bendera dan logo group nieyl. Disebabkan orang IT kan, jadi logo tu semua memang pemikiran orang IT.. Cirle 3 yang bersambung tu adalah 3 level ataupun 3 peringkat umur ataupun 3 level dalam bahagian dimana gred rendah ke, gred tinggi ke, boss ke dalam team kita akan bekerjasama.
Aktiviti pakaian beragam ni tema tidak diberikan, ikut kreativiti masing-masing. Dan yang purple ni group nieyl, kita pilih tema zombi..hahaha, 4 orang ni adalah suami, anak boss dan juga anak-anak pegawai nieyl yang sangat sporting.
Kemudian kita ada game sangkut bakul , yang ini memang mencabar tau bukan senang ya, nak beli arahan yang jelas supaya pemain ikut arahan kita, dahla bising dengan suara orang lain, tali pula goyang-goyang. Nasib baik team boleh bekerjasama dengan baik dan yang penting team bukan yang terakhir ya hehehe..
Ini game kutip gula dalam tepung. Ini memang kita bagi anak-anak kecil yang main game ni. Kita bagi semangat je, game ni team nieyl dalam keluarkan semua gula-gula yang ada dalam tepung. Memang bersungguh-sungguh adik-adik ni main.
Seumur hidup nieyl kan tak pernah main tarik tali ni, tapi kita sahut cabaran. Game tarik tali ni dia nak 6 wanita 2 lelaki sahaja. Strategi team nieyl lelaki sorang dekat belakang dan seorang dekat depan dan perempuan dia tengah-tengah. Untuk game tarik tali team purple dapat tempat ke 3..Alhamdulillah, walaupun tak pernah main, bangga dengan diri sendiri. Pengalaman, lepas ni boleh la main tarik tali lagi hahaha.
Next tiup belon sampai pecah, nieyl tak tahu lah kenapa ada permainan ni, dahlah nieyl paling takut dengar belon pecah. Sebagai ketua group, nieyl terpaksa korban ahli-ahli yang ada untuk join game ni sebab nieyl memang tak termampu nak join. Kalau korang tengok gambar atas ni, yang tutup telinga tu nieyl la tu hahaha,,konon nak support team duduk depan tapi tak mampu nak tengok sebab bila dia pecah tu kan nieyl terkejut dan jantung dup dap dup dap hahaha..
Majlis Penyampaian hadiah pada malam BBQ, actually nieyl AJK untuk hadiah jadi nieyl yang akan beri hadiah-hadiah ni dekat boss untuk disampaikan pada pemenang. Dan untuk pengetahuan korang, kita orang tak tahu pun siapa yang menang keseluruhan, dan siapa yang pemenang game-game yang terpilih. Jadi, nieyl pun teruskan tugas sebagai AJK hadiah di tepi pentas tu, alih-alih 4 kali kena naik pentas terima hadiah sebab team nieyl menang hehehe...
Yang paling tak disangkanya team purple nieyl ni yang ada seorang je orang muda ni berjaya dapat tempat ke 3 untuk keseluruhan, wah!serius ar memang kiteorang terkejut gila. Sebab memang fikir kitaorang tak ada harapan pun nak dapat 3 tempat teratas tu. Tapi nak buat macam mana kan, rezekii hehehe..
Love my team so much. Walaupun mereka semua ni bos-bos tapi as a leader group, dieorang sangat memberi kepercayaan pada nieyl untuk manage group ni dengan baik sangat dari segi permainan sukaneka, game indoor. I'm the lucky girl sebab dapat seteam dengan pengarah nieyl yang paling nieyl sayang.
Dalam pada kita bersuka ria tu kan, banyak sebenarnya yang nieyl belajar. Terutamanya dalam group nieyl sendiri. Pada asalnya bila dilantik menjadi leader group nieyl agak risau tau sebabnya 5 ahli nieyl adalah pegawai gred tinggi-tinggi dan sangat jauh berbeza dengan nieyl. Tapi Alhamdulillah dieorang tidak menghalang nieyl untuk jadi leader yang terbaik untuk team, malah dieorang bersama-sama nieyl untuk keluarkan idea untuk buat logo bendera sampai lewat malam, sedangkan ahli kumpulan lain tak buat lagi pun dan dieorang dah baik bilik tidur. Bertapa komitednya ahli team nieyl dalam menjayakan sesuatu arahan yang diberikan.
Jadi, walaupun kita gred yang kecil ini sebenarnya kita juga menjadi sebahagian yang sangat penting dalam urusan seharian bahagian kita even seorang penghantar surat. Kalau penghantar surat cuti/MC agaknya surat-surat tu agak bergerak dengan sendiri tak?adalah bos-bos akan hantar sendiri surat-surat tu?tak kan..jadi,jangan sesekali kita pandang rendah dengan orang lain. Hormati semuanya dan hargai walaupun sumbangan dia kecil dalam organisasi okay♥
Seronoknya sesekali berkumpul macam ni kan..office akak lama x buat program macam ni...
ReplyDeleteSeronok ada aktiviti macam ni
ReplyDeleteSeronoknya dpt mcm nie... Linda nie lagilah, skang nie kt ofis baru dok sorang2 ja.... Apa2 news semua jd org terakhir yg taw... Hahaha
ReplyDeletetime team building ni la dapat kenal bos-bos lebih dekat sebab luar waktu pejabat.
ReplyDeleteseronoknya.. memang have fun sungguh semua .. yg penting sporting kannn
ReplyDelete