Kopi Surat Cinta | Siapa suka minum kopi macam nieyl?kita geng..hari jumaat lepas nieyl lunch date dengan ex Pengarah nieyl dekat Kopi Surat Cinta di Putrajaya. Actually tak plan nak makan dekat sini pun sebab first choice pengarah nieyl di Inara Cafe Ayer@8 Putrajaya, tapi dia buka lewat, jadi pilihan ke dua adalah Kopi Surat Cinta. Kalau korang search dekat TikTok tu ada orang share tentang cafe ni.
Disebabkan nama dia Kopi Surat Cinta, jadi nieyl tak lepaskan peluang order Kopi Surat Cinta yang dikatakan special tu. Ha,bila sampai je minuman di sertakan surat cinta ya kawan-kawan so romantik dengan kata-kata yang tertulis dalam poskad tu ♥.
Review sikit rasa Kopi Surat Cinta tu, untuk selera dan rasa tekak nieyl ni kopi dia sedapp!lemak berkrim , pahit senang ceritakan secukup rasa. Kalau yang suka minum panas, boleh order panas dan kalau yang suka minum sejuk-sejuk, boleh order cold. Dan ada 1 lagi yang menarik air dekat Cafe ni, dia ada sediakan Kopi yang tidak menggunakan susu tapi dia ganti dengan santan, tapi maybe next time lah nieyl nak cuba, apa rasanya.
Untuk makanan pula nieyl pilih ayam gepuk, sebab nampak sedap dan biasalah nieyl mana boleh berpisah dengan ayam. Untuk ayam gepuk ni macam biasa je, sambal dia tu boleh tahan berapi juga panas telinga hahaha, sup dia sikit sangat sebab macam nieyl suka nasi basah kalau makan ayam gepuk ni, tapi oklah cuma tak boleh lawan ayam gepuk pak gembus tu la..yang itu memang kesukaan nieyl.
Cafe ni dia tak besar sangat pun, rasanya boleh masuk dalam 30 orang dalam 1 masa. Tapi dia ada juga sediakan kerusi dan meja di kawasan luar. Tapi kalau nieyl, memang prefer duduk di dalam la sebab nak nampak suasana cafe dia yang kehijauan.
Sebelum balik tu, wajiblah kita snap sekeping dua gambar kenangan di cafe viral ni. Lagipun nieyl memang suka cafe yang ada pokok-pokok hijau macam ni, sejuk je mata ni memandang. Dan kalau korang nak pergi, nieyl share alamat cafe ni dekat bawah okay..♥
Kopi Surat Cinta Putrajaya
Presint 4, Putrajaya
Dibuka setiap hari- Jam 7 pagi - 9 malam...
Presint 4, Putrajaya
Dibuka setiap hari- Jam 7 pagi - 9 malam...
Akak perasan kat Cyberjaya dan Putrajaya banyak port best2 erk..nanti la akak ajak Dania explore
ReplyDeletealamak, tgh lapar ni tgk makanan sedap la.. siap ada surat cinta lagi
ReplyDeleteAiiish romantic dia kasih surat juga utk pembeli yaaa 😄👍. Unik konsepnya. Dan saya pun jadi penasaran untuk coba kopi yg pakai santan. Tapi harusnya memang sedap.
ReplyDeleteSaya suka baca tulisan di dinding kafe, Ngopi dulu, baru kamu.
Memanglah, kita pikirkan dulu kebutuhan kita, termasuk kebutuhan akan kopi supaya bisa semangat menjalani hari, baru setelah itu pikir orang lain 😄