23 November, 2023

Hujan dari petang sampai ke pagi


Assalamualaikum..
Selamat pagi...
Sejuk betul pagi ni sebab hujan dari petang semalam..
sampai ke pagi tadi..
Nieyl pun lewat juga sampai pejabat pagi ni..
Drive pun sangat berhati-hati sebab jalan licin dan banyak kereta.

Pagi ni Afika ajak pergi tapau breakfast dekat kedai kopi sudin..
bersebelahan dengan pejabat nieyl tapi still kena bawa kereta juga..
sebab kena keluar dan buat pusingan dekat jalan besar. 

Bila dah sampai kedai, masing-masing fikir nak take away ke nak makan situ...
tengok jam dah pukul8.30 pagi...
tak apa la, kali ni kita take away jela...
next time kita pergi, kita makan situ tapi kena mai awal..

Nieyl pun tak ronda sangat situ tadi...
yang nieyl nampak ada laksa sarawak..
ada roti bakar, nasi lemak, sup-sup, lontong..
banyak lagi, next time nieyl pergi, nieyl review...

nieyl with adik-adik yang selfie sikit sementara menunggu makanan siap di bungkus..
Hari ni hari kena pakai batikk...
so, tak boleh nak lama-lama sangat dekat luar tu...
kang apa pula orang kata kan...
tapau lepas tu balik pejabat semula...

Happy working♥





8 comments:

  1. morning nieyl.. memang sejuk dr malam tadi lagi hujan kannn...
    wah..sedapnya.. kak ayu x pakai batik minggu ni, busy ngan baby.. pakai yg mana dah siap iron je.. ha ha ...alasan kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. morning kak ayuu...yela hujan kan sepanjang malam..sejukkk...

      Delete
  2. betul.. hari ni x boleh berlama² di luar.. kantoi sgt keja gomen

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..kang atas bawah org pandang padahal skrg ni kita masuk kol9 pagi

      Delete
  3. Ceria jer muka memasing ha...tapau pun ok kan...kang orang lain nampak makan kat situ walau masih awal..macam2 hal kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana mahu nya tak happy kak..
      budak baju biru tu dia tapau, bykkk..hahaha...dua-dua tangan x cukup...hahaha..nieyl beli roti bakar je...

      Delete
  4. sejuk je kan...kat office ni pun ammi off aircond.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ammi, sejukkk...lepas tu kan mata pulak asyik mengantuk je sejuk2 ni hahaha

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)