22 November, 2023

Cara menghilangkan stress yang lebih berkesan

Cara menghilangkan stress yang lebih berkesan | Kita ni manusia biasa yang dikurniakan bermacam-macam perasaan. Bukan setiap masa kita akan gembira, akan berfikir positif betul tak. Ada masa kita akan down, kita akan diuji dengan masalah. Masalah pula boleh jadi masalah kerja, masalah personal dan lain-lain masalah. Bila stress, nak hilangkan stress ni hanya diri kita sendiri yang boleh hilangkan stress tu orang lain tu cuma boleh redakan sikit je, selebihnya diri kita. Kalau kita pilih untuk terus memikirkan masalah tu, dia akan terus akan sakitkan kepala dan hati kita. Tapi kalau kita temui cara yang lebih baik, itu adalah lebih bagus. 

Bila dah lebih matang ni, bila stress, sedih ataupun marah nieyl akan luahkan sendiri. Selalunya nieyl akan buat dalam kereta, nieyl akan marah dalam kereta, luahkan yang terbuku, nak maki ke apa..lepas tu getting better. Hahaha.. Dah ok sikit, nieyl akan cari tempat untuk buang masa dan shopping. Kes last week memang nieyl agak emosi sikit sebab ada masalah personal tapi Alhamdulillah..slow-slow rawati hati ni. Last week balik kerja, nieyl pergi Mr. DIY dekat rumah tu, rasa adalah 1 jam juga setiap tingkat dan setiap rak nieyl pergi. 

Jom tengok apa yang nieyl beli selama 1 jam dalam Mr. DIY semata-mata nak hilangkan keserabutan kepala otak dengan masalah tu. 

Actually gunting dekat rumah tu dah tak berapa nak tajam sangat nak gunting ikan. Mak dah bagitahu lama dah, rasanya berbulan juga, last week baru nieyl beli..hahaha..itupun sebab nak hilangkan stress kan,kalau tak stress rasanya tak beli lagi gunting tu hahaha

ha..cuba teka apa ni?cepat..ok ini sebenarnya pemadam tapi nieyl beli bukan untuk guna sebagai pemadam, nieyl memang suka beli pemadam macam ni untuk decoration workstation nieyl, nanti nieyl share dekat mana nieyl letak benda ni ya.

Sejak-sejak suka join fun run dan juga jogging ni boleh dikatakan salah satu habit baru nieyl adalah beli stoking untuk jogging. Rasanya setiap kali pergi Mr. DIY la beli, tak tahulah berapa banyak dah tu. 

Yang botol ni pula, sejak-sejak zaman penjimatan ni kan sebulan nieyl akan beli setong besar kicap untuk guna sebulan ataupun lebih. Nieyl beli kicap cap Jalen warna oren tu, sebelum ni nieyl memang beli sebulan 2 botol kaca yang size besar tu, tapi sekarang ni beli yang tong besar punya jadi boleh guna lama juga dalam 1 bulan lebih. Jadi, kalau nak makan telur ke, takkan nak letak tong besar tu atas meja kan, jadi nieyl transfer la sikit untuk kita guna untuk makan telur goreng.

Hanger tak tahu lah ye kenapa tak cukup-cukup dekat rumah nieyl tu. Husband kata sebab nieyl beli baju baru je, tapi sebenarnya tak juga sebab nieyl kalau jemur kain dekat luar tu nieyl akan hanger baju-baju, seluar semua, tak suka sidai tanpa hanger. Sebab tempat nak sidai pun terhad, bukan macam dulu-dulu tali ampaian dia tu 4 ke 5 meter panjang.

Getah rambut memang wajib beli sebab kadang-kadang Raisya datang rumah dengan rambut kak limah rimas tengok, kalau datang ikat rambut dia, lepas tu getah tu memang tak kembali ke rumah nieyl dah tu. Kalau 5 kali datang, 5 getah lah dia bawa balik budak bertuah tu. 

Sponge cuci pinggan nieyl kena guna ni, kalau ikutkan nieyl tak berapa suka guna yang ini tapi mak nieyl suka pakai yang ini, sebab dia banyak guna dapur kan, jadi..anak yang baik kena dengar cakap mak dia hehehe. 

Kira nieyl berbelanja dengan bijak ke tak beli barang-barang ni time stress hahaha.. Bijaklah kan, bijak mengurus perbelanjaan dan juga bijak menguruskan stress. Oklah korang, itu je nieyl nak share dalam entry ni, thank you sebab baca dan selalu komen blog niey..mini ♥ sikit..



 

7 comments:

  1. akak kalau stress akak akan makan..makan..dan makan...

    ReplyDelete
  2. Ompompuan kalau stress pergilah nyopink

    ReplyDelete
  3. byknye shopping he hee lain org lain cara
    ken ada utk stress ni kan
    tp betul mkn berusia makin kita blh fikir, alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. menarik gak cara hilangkan stress Nieyl ni.. kalau kak ayu memang coffee la kan.. but serius cute la pemadam tu, mcm nak gi cari jugakk cute sgt. ada jugak balik ni terjah DIY ni.. ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. mr diy, eco, daiso, popular, mph.. mmg tempat utk release stress tu... hahaha

    ReplyDelete
  6. dia mcm sekadar nk release2 tenseion tgok brg2..smbil2 tu beli apa yang patot...linda pun kne g kedai eco malam nanti...yang kt umah tu dah 2,3 kali merajuk sebab x jadi p kedai eco...hahaha

    ReplyDelete
  7. Ammi pun taktau kalau stress ammi buat apa. Scroll short video kat YT, FB or TT jelah kot. kalau dulu ammi suka baca

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)