Majlis Penghargaan & Persaraan Pengarah | Apabila sesuatu majlis nak dilaksanakan sebulan atau 2 bulan pembahagian tugas akan diselaraskan. Dan menjadi kebiasaannya nama nieyl akan tersenarai dibahagian decoration. Nampak macam mudah je kan bahagian decoration ni kan, sebenarnya tak mudah tau, sebab bahagian decoration adalah nadi dalam sesuatu majlis. Expectation orang tinggi dan lagi satu, nak cakap nieyl paling benci orang yang jenis kaki complaint ni, dia tak nak buat tapi complaint je, bila suruh buat..ala..tak nak la..orang muda lah buat, lepas tu dah buat..banyak songeh! Nasib baiklah adik-adik ni ada membantu meniup belon dan ikan belon, sebab nieyl memang takut bab tiup-tiup ni. Kalau deco belon tu, ok tak takut hahaha..
Untuk majlis persaraan kali ni tema yang dipilih adalah hijau. Set belon ni pilihan nieyl sebab nieyl nak banyak warna selain dari hijau. Sebab tema pakaian pada hari tersebut pun warna hijau. Jadi dia nampak lebih cantik bila gabungkan warna putih, gold sikit..
Gambar ni ketika majlis berlangsung, Alhamdulillah full house ramai jemputan yang hadir bersama-sama meraikan majlis persaraan pengarah nieyl. Jemputan yang dijemput adalah semua pengarah bahagian dan juga bahagian nieyl .
Ketika pengarah berucap ni, mula-mula gelak-gelak, ketawa lepas tu menangis rasa sebak di dada. Walaupun pengarah nieyl ni baru 3 tahun di jabatan ni tapi terlalu banyak memori dan jasa dia sumbang untuk jabatan dan juga bahagian nieyl. Masa ni, nieyl sendiri pun dah tak boleh nak menahan sebak terus menangis.
Alangkah bertuahnya badan, pengarah nieyl dapat hadiah video call dari Ketua Pengarah yang ketika itu ada lawatan kerja di Korea. Ketua pengarah meluangkan masa 5 minit untuk memberi ucapan terakhir sempena persaraan pengarah nieyl.
Sebelum ni nieyl PA kepada Pengarah nieyl, lepas tu PA baru lapor diri, jadi kami berdua yang menjaga pengarah nieyl sepanjang dia berkhidmat di jabatan ni.
Time ni kan nieyl tak boleh nak tahan dah air mata. Actually, nieyl pindah ke jabatan ni pun semua sebab pengarah nieyl. Dia call minta nieyl jaga dia dekat sini. Dia bawa nieyl datang ke sini, sebelum ni kita berdua memang bekerja satu bahagian di jabatan lama. Dah lama kenal dan kenal lebih rapat bila berpindah jabatan baru. Jadi kan bila pengarah bersara dulu , Ya Allah perasaan tu entahlah..Rasa nak pergi cari kerja lain..Sebab boarding kami berdua sangat rapat macam anak dengan mak.
Lepas dah menangis, dia suruh ambil gambar..Jadi sembab-sembab muka nieyl hahaha.. Pengarah pesan, jangan pergi mana-mana, duduk kerja sahaja dekat jabatan ni. Ramai kawan dekat sini, jangan sedih-sedih dan dia akan selalu whatsapp dan nanti akan selalu keluar minum kalau dia ada dekat area pejabat.
Alhamdulillah ini time clock out ramai sanagat bahagian-bahagian lain juga turun menghantar pengarah ke kereta. Begitulah kan orang yang baik sentiasa disenangi dan dihargai.
Sampai ke kereta kami hantar pengarah simbolik kepada perpisahan dan persaraan pengarah hari terakhir bergelar Pengarah dan penjawat awam. Gelak ketawa dia sentiasa dirindui dan telatah sporting dia sentiasa menjadi kenangan terindah dalam bahagian nieyl.
ala..mesti sedih sgt kan..muka pun ada iras2 tu...
ReplyDeletemoga puan tu sihat2 selalu, in sya Allah...boleh keep in touch selalu tu
Bersyukur sangat jika dapat atasan yg super baik kaaan❤️. Tapi di saat dia pergi pun, kita juga jadi sedih sangat. Apapun, selama bisa keep in touch, terhibur lah sedikit hati ☺️.
ReplyDelete.baguus Deco nya kak👍. Bukan pekerjaan gampang dekor sesuatu. Dan saya pun suka marah kalo dah capek dekor, tapi yg tak suka langsung komplain. Padahal saat disuruh mendeco, dia tak nak 😵💫