07 November, 2023

Lunch di D'Saf Ikan Patin Ori Sg Pahang


Lunch di D'Saf Ikan Patin Ori Sg Pahang | Hujung bulan 10 hari tu nieyl ada hari keluarga office 3 hari 2 malam di Melaka ( Jumaat - Ahad). Hari jumaat tu nieyl bergerak dari rumah tengah hari sebab nieyl memang plan nak lunch dekat Melaka sebelum check in hotel pukul3 petang. Nieyl ke Melaka car pool dengan adik-adik dekat office, meriah sikit kalau bergerak 1 kereta. Boleh sembang-sembang dalam kereta,lagipun nieyl belum cukup berani nak drive sendiri sorang jauh-jauh. 

Share sikit outfit nieyl hari jumaat, nieyl cuma bawa 1 luggage dan 1 tote bag. Bantal love nieyl tu tak boleh ditinggalkan, nieyl bawa juga sebab kang susah nak tidur hahaha. Dalam perjalanan ke Melaka dekat linggi jem sikit, nasib baiklah bergerak walaupun macam siput, adalah dalam 30 minit lepas tu jalan dah clear. Kami sampai Melaka dalam pukul2.30 petang. Perut masing-masing dah kelaparan, terus google cari tempat makan yang dekat dengan kawasan hotel. Biasalah nieyl gunakan kuasa TikTok dan jumpalah satu kedai makan ni, kalau ikut review orang memang sedap, so nieyl tawakal je bawa adik-adik ni pergi makan dekat situ. 

Masa sampai tu tak ramai orang, jadi banyaklah pilihan tempat nak duduk dan nieyl biasalah akan cari tempat yang ada kipas sebab masa tu cuaca memang panas terik ya.. So, nieyl order makan seperti gambar dibawah ni. Nieyl ambil set makan 2 orang, yang mana ada daging masak lemak, telur dadar, sayur kailan ikan, patin masak tempoyak dan nieyl add on pari asam pedas. Mesti korang cakap pergi Melaka makan asam pedas la sedap kan, tapi nieyl kalau ada pilihan lain nieyl memang akan pilih benda lain sebab nieyl tak berapa sangat masak asam pedas. Kebetulan adik-adik ni nak makan asam pedas, so kita add on je ikan pari asam pedas. 


Macam nieyl memang suka makan ikan patin masak tempoyak. Tak sangka pula dekat Melaka ada juga ikan patin masak lemak ni, baguslah dia banyak pilihan. Review makanan dekat sini pada nieyl untuk nieyl yang memang suka benar ikan patin masak tempoyak ni nieyl bagi 5 bintang, sebab kuah dia pekat, terasa tempoyak masam manis dia dan semangkuk tu ada 2 ketul ikan patin yang besar dan boleh makan 3 orang. Masak lemak dan makanan lain-lain tu ok je, tapi patin tempoyak kalau korang pergi kedai ni korang boleh try okay..

Cuba korang teka berapa harga makanan nieyl tu tidak termasuk air, untuk 3 orang makan. Agak-agak korang berapa?Total semua RM60, jadi lebih kurang seorang rm20 , oklah not bad juga sebab ada makanan yang sedap memikat hati..hehehe..

Selesai makan, sebelum check in hotel..nieyl pergi cari makanan dan minuman untuk dibawa balik ke Hotel sebab program start selepas maghrib jadi, ada masa untuk berehat di bilik sambil makan-makan, kalau berjalan tak makan memang tak sah kan hehehe, adoi..ok, next entry okay...







2 comments:

  1. morning Nieyl.. wah best nya.. suka sgt bila dpt peluang out station mcm ni, but tu la.memang jarang sgt la kena.. he he he

    ReplyDelete
  2. Asam pedas Melaka memang pekat camtu eh...harga dia not bad juga..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)