Malam Sa-Lembar Kenangan di Hotel Pulse Grande, Putrajaya | Bulan November ni memang nieyl banyak majlis-majlis, nieyl simpan sini sebagai kenangan. 3 November 2023 hari tu kan nieyl ada share majlis persaraan pengarah nieyl yang bertemakan warna hijau kan. Pada keesokan harinya pula team nieyl arrange kan satu lagi majlis untuk Pengarah nieyl, kali ni kita buat special sikit di Hotel. Untuk majlis kali ni , jemputan dari dalaman jabatan dan juga kita open untuk kawan-kawan di pejabat yang pernah Pengarah nieyl berkhidmat.
Pada asalnya jemputan yang kita target adalah 60 pax. Tapi tak sangka ramai yang pm nak join sama di majlis pada 4 November tu, kiranya tetamu yang telah membuat pendaftaran dan pembayaran ada dalam 96 orang, hampir 100 pax..Alhamdulillah.. Pada asalnya kita dapat dewan yang kecil tapi last minute kita dapat dewan yang besar dan lebih selesa dan sesuai dengan 96 tetamu.
Untuk majlis 4 Nov ni task nieyl boleh dikatakan mencabar juga tau, nieyl kena contact agensi lama Pengarah nieyl untuk mempelawa sesiapa nak join majlis makan malam, kemudian kena buat collection duit, yang ini paling mencabar ya..Tapi Alhamdulillah dipermudahkan semuanya.. dan task kedua pada hari kejadian adalah mendeco pentas dan juga tempat photobooth. Untuk hiasan pentas ni kita buat mana yang boleh je dengan bahan yang ada. Oh ya, lupa nak bagitahu..majlis ni ada tema tau, kalau korang tengok tajuk atas tu pun dah boleh tahu rasanyaa.. Tema kita Klasik malam tu, jadi pemakaian kita pada dalam tu adalah klasik.
Ini gambaran dewan yang telah siap setting dari hotel dan juga decoration yang kiteorang buat, tema warna yang dipilih adalah black gold. Kalau ikutkan nieyl, setiap meja tu nieyl nak letak 1 belon tapi costing belon helium tu.
Yang ini bahagian pentas. Kalau ikutkan nieyl nak deco lebih lagi tadi tak boleh sebab tinggi dan juga ada LCD Screen dekat tengah-tengah tu. Tapi tak apalah kan, nampak ok je kan..
nieyl sampai dekat hotel hari tu pukul3 petang dan terus start buat deko sampai pukul6.30 terpaksa berhenti, sebab nak kejar ke bilik, mandi, solat maghrib dan bersiap pula, sebab nieyl kena ke dewan pada jam 7.30 malam untuk sambut tetamu pula pada 7.45 malam. Majlis akan start pada jam 8.15 malam. Gambar atas ni final look nieyl simple je..
Hahaha...macam nieyl pula jadi tetamu ya, masa ni baru sampai dekat dewan nasib baiklah ramai yang membantu uruskan pendaftaran. Bila majlis-majlis macam ni kan, kita tak akan ada masa nak ambil gambar sendiri semasa majlis berlangsung, nasib baiklah ada cameraman yang bertugas. So, adalah kenangan.
Sempat lagi bergambar kenangan dengan dua adik-adik nieyl ni. Malam tu melaram habis masing-masing ya.
Sebelum ramai tetamu sampai, masing-masing ambil kesempatan bergambar dekat depan pentas. Terlari-lari nieyl dieorang panggil nak ambil gambar. Dalam gambar ni kebanyakkanya mereka yang berada dibelakang tabir menjayakan majlis pada malam tu. Masing-masing ada task dan malam tu semuanya happy.
Tetamu tengah khusyuk dengar ucapan pengarah dekat depan, nieyl dengan kak ziehan bergambar dekat belakang, kebetulan je kitaorang berdua standby dekat belakang ni, dah cameraman nak ambil gambar kiteorang, kita kasi pose klastik satu hahaha.
Bergambar dengan Tuan Director untuk video persaraan pengarah. Kami ni sebahagian dari pelakon-pelakonnya lah.
Malam tu nieyl memang betul-betul macam jadi tuan rumah. Sebab sebahagian dari tetamu yang hadir ke majlis tu adalah pegawai-pegawai dari pejabat lama nieyl. Jadi, dah lama sangat tak jumpa mereka, nieyl memang spend time dengan dieorang.
Yang baju kuning diraja tu Pengarah nieyl, wah dua hari berturut-turut kena pakai selempang khas. Yang lain-lain tu timbalan pengarah dibahagian nieyl.
Kenangan bergambar staff bahagian nieyl yang join majlis malam tu. Ada juga pegawai yang bercuti belajar luangkan masa hadir ke majlis ni, memang betul-betul terharu.
Yang ni pula bergambar meja ke meja, ni meja nieyl. Sila abaikan gambar yang bawah tu ya. Pengarah nieyl dia memang suka sabotaj gambar nieyl yang comel tu hahaha.
Majlis tamat dalam pukul11 termasuk kita nak ambil barang-barang yang kita bawa tu. Nieyl sempat tarik pengarah nieyl bergambar. Masa ni dah tak menangis dah sebab 3 november dah menangis puas dah. Nieyl happy dapat sama-sama buat majlis terakhir untuk dia. Alhamdulillah, semua tetamu happy dan pulang dengan senyuman. Tamat sudah majlis sempena persaraan Pengarah. Nieyl balik bilik hotel untuk ambil semua barang-barang peribadi nieyl untuk pulang ke rumah. Malam tu tak tidur hotel pun sebab tak sangka sebenarnya penat gila rasa memang nak tidur je tapi apakan daya, hotel baru tumpang bilik semasa majlis je, habis majlis..sila balik hahaha..
Meriah majlis persaraannya
ReplyDeleteNampak masih sangat muda atasan kakak yang bersara ini yaaa 👍. Tak sangka dah nak bersara.
ReplyDeleteBaguuuus Deco yg kali ini pun kak. Black and gold itu memang kombinasi cantik utk kesan elegan dan klasik 👍
wah.. syoknya bila semua sporting kan?puas hati handle event yg sukses mcm ni.. epi bila semua hepi x gitu?
ReplyDeletealhamdulillah..meriah sungguh majlis nya tu
ReplyDelete