21 February, 2020

Shower Scrub Ginvera World SPA Wangian berpanjangan

Shower Scrub Ginvera World SPA Wangian berpanjangan | Ada sesetengah orang suka mandi guna sabun mandi yang jenis ketul tu, dulu-dulu masa kecil nieyl pun guna juga sabun mandi ketul tu, sebab itu je pun yang ada dalam rumah. Bila dah mula bekerja, nieyl guna pula jenis gel sampailah ke hari ini sebab suka mandi buih banyak macam lah dekat rumah tu ada jakuzi tub hahaha..

Baru-baru ni nieyl ada singgah dekat watsons nak beli beberapa barang personal, lepas tu husband nieyl tunjukkan shower scrub Ginvera ni, actually masa nieyl masih bekerja dulu kalau pergi watsons takkan miss survey bahagian mandian. Husband nieyl kata nak try shower scrub ni, nieyl pun ok jela kiteorang berdua lama gila kot dekat bahagian tu sebabnya buka satu persatu tutup shower scrub ni sebab nak pilih bauan yang sedap dan wangi. And last husband pilih Swiss Alpine Rose dan Japanese Volcanc Ash Bamboo Salt. Beli dua sebab masa tu ada sale belian kedua dapat harga lebih murah. 


Sebelum ni kita tahu yang scrub tak boleh hari-hari sebab akan menipiskan kulit tetapi shower scrub ginvera korang boleh gunakan setiap hari. Nieyl dah pun cuba guna Japanese tu bau dia sangat sedap walaupun dah keluar dari bilik mandi pun badan korang masih lagi bau wangi shower scrub tu.. Jadi, husband nieyl kata lepas ni kita buat stok shower srcub ni je dekat rumah. Sangat berbaloi sebotol tu berat dia 750g, boleh tahan lebih sebulan bergantung cara korang guna juga la. 

Ok itu je nieyl nak share barang baru yang nieyl juga..see next entry...bye..

4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)