27 February, 2020

Haul Eco Shop by Nieyl #1

Haul Eco Shop by Nieyl #1 | Kedai Eco adalah kedai berhantu, kalau masuk jarang sekali tak bawa barang keluar. Betul tak?Kedai eco selalunya menjadi tempat terapi nieyl bila boring ataupun tengah sedih. Kebiasaannya kalau nak pergi kedai eco ni nieyl lebih suka pergi sorang-sorang,husband jarang ikut sebabnya nieyl boleh habiskan masa dalam kedai eco lebih 3 jam, lepas tu keluar berplastik-plastik uolls..


Entry haul ni nieyl buat just nak share dengan korang apa barang yang nieyl beli selama berjam-jam dalam kedai eco tu dan juga kegunaannya sekali. Manalah tahu boleh beri idea dekat korang juga nanti kan.


Kain bulu ni nieyl beli dua warna pink dan putih untuk nieyl gunakan sebagai base photoshoot product, size dia tak besar manapun dalam A3 size. Selain tu korang boleh gunakan untuk deco meja make up korang. 


Barang yang kedua nieyl beli adalah sikat flamingo, actually kan tak ada keperluan pun sebenarnya beli sikat ni, cumanya nieyl suka warna pink dan black flamingo tu je..hahaha..


Ketiga nieyl beli pasu bunga yang comel ni, beli sebab nieyl memang plan nak tanam pokok hijau untuk letak dalam bilik air, dapur dan luar tempat bersantai. Nanti bila nieyl dah buat, nieyl tunjukkan okay...


Ha..ini mesti korang tahu apa kan..magic sponge ni memang betul2 magic okay. Nieyl dah cuba bersihkan dinding bilik air, tak perlu sabun pun hanya basahkan sikit dan terus gosok dekat dinding tu..bersih seperti baru uolss. Terus nieyl listkan magic sponge ni item yang wajib nieyl beli setiap bulan. 


Kalau pergi kedai eco ni paling popular bakul-bakul dia yang cantik dan banyak pilihan warna dan bentuk. Salah satu yang nieyl beli bakul dalam gambar di atas ni, actually beli sebab nak letak barang-barang make up harian. Habit nieyl kalau nak make up , memang akan habiskan masa di ruang tamu, sebab di ruang tamu tu ada cermin yang panjang dan besar..jadi, bila barang make up dalam bakul tu, senang la dah  siap make up bawa bakul masuk dalam bilik. 


headband biasanya orang yang ada anak yang suka beli kan, tapi nieyl pun suka beli, kalau pergi kedai eco tu wajib beli 1 headband. Kali ni nieyl beli warna pink pula sebab tema shopping nieyl pink time tu hehehe..


Ok korang, rasanya sebelum ni pun nieyl pernah share item ni dan keberkesanan barang ni. Kalau nak tengok, boleh klik sini okay. 


flamingo lagi?ya lah sebab masa tu nieyl rasa yang cantik dan sesuai letak dekat depan bilik air yang ini saja, yang lain tu biasa-biasa je. So, nak nampak lebih cantik tu nieyl cari yang ada kehijauan sikit baru nampak ceria. 


Dah lama nak beli glass Self adhesive foil ni, cuba beli satu dulu nak cantikkan peti sejuk dan rak cermin dalam bilik air la kononnya tapi tak start lagi nak buat. Nanti dah siap, nieyl tunjuk ya hasilnya..

Sementara belum start kerja ni, nieyl memang banyak habiskan duit dan habiskan masa dekat rumah.Jadinya entry nieyl sebulan ni korang akan baca pasal masakan dan rutin harian nieyl. hehehe Oklah nanti nieyl share lagi dalam entry lain okay...bye...

6 comments:

  1. Glass adhesive foil tu Aien tampal kat sliding door, senang nak selak langsir pun tak nampak org kat dalam. ^^

    Lama dah tak pergi ECO sebab husband risau tak jumpa jalan kuar. Haha

    ReplyDelete
  2. Seronok masuk ECO ini cari makanan je.. kikiki.. Ada juga beli barang-barang keperluan harian macam getah rambut, alat tulis.. murah dan okay untuk digunakan.. Clorin tu pun wajib beli..

    ReplyDelete
  3. banyak tu memborong..mmg berhantu tau kdai ni..haha

    ReplyDelete
  4. Ok nak cuba magic sponge tu pulak lah lepas ni. X teringat nk cuba padahal selalu je ke kedai eco tu.

    ReplyDelete
  5. sama lah kan, jarang sangat nak keluar dengan tangan kosong bila dah masuk. haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)