DIY Frame Hadiah Untuk Teman Sekerja | Bukan mudah untuk mencari seorang sahabat dan rakan baik , tetapi nak mencari musuh sekelip mata sahaja. Persahabatan yang terjalin atas dasar kepercayaan dan bertolak ansur. Kalau dua perkara ini tak ada, lupakan tentang persahabatan. Nieyl bersyukur sangat , Allah sentiasa kurniakan nieyl sahabat-sahabat yang baik-baik dan sentiasa ada ketika nieyl memerlukan.
Yang mana rapat dengan nieyl, mungkin tahu nieyl memang suka buat benda-benda yang DIY ni. Masa nieyl berhenti kerja baru ni, ramai yang berikan hadiah pada nieyl terutama mereka berdua ni yang rapat dengan nieyl masa bekerja di jabatan lama. Jadi, nieyl nak hadiahkan sesuatu yang lain dari yang lain dan hasil semua dari DIY nieyl. Tanda keikhlasan nieyl pada mereka berdua.
Gambar di atas ini yang dah siap
Antara bahan-bahan yang nieyl gunakan semuanya korang boleh dapatkan di kedai-kedai berhantu hehehe..mana lagi kalau bukan kedai Eco, kedai Mr. Diy dan Daiso.
Klip kertas ni nieyl beli di Mr. Diy masa tu nieyl pergi cari buku catatan. Asalnya nak guna klip ni untuk DIY diari nieyl , tapi bila dah sampai rumah, klip tu nieyl jadikan salah satu deco untuk frame hadiah nieyk tu. Nieyl beli pun sebab dia terlalu comel gambar kucing.
Butterfly ataupun rama-rama memang sinonim dengan nieyl.Tengok header blog dan watermark blog pun mesti ada butterfly. Yang ni nieyl beli dekat Kedai Eco harga dia RM2.10 , ada 4 butterfly size besar dan 6 butterfly size kecil. Comelkan..geram sangat.
Untuk photo polaroid ni korang boleh je buat sendiri tapi nieyl malas nak buat sebab nak kena beli kertas gambar. Kebetulan weekend aritu nieyl pergi Alamanda, so..nieyl gunakan khidmat mesin photo pica untuk print gambar-gambar ni. Harga dia 2 keping RM10 . 1 keping boleh letak 2 keping gambar seperti nieyl ni.
Gam Uhu dan frame gambar ni nieyl beli dekat kedai Eco. Biasalah dekat kedai eco ni apa je yang tak ada kan. Untuk frame sebenarnya banyak je lagi pilihan, nieyl pilih yang ini sebab nieyl boleh deco keliling frame tu sebab dia rata.
Sticker-sticker macam ni sebenarnya korang boleh beli dekat banyak kedai cuma masa ni nieyl pergi IOI city mall jadi, terus singgah dekat Daiso. Banyak pilihan dekat Daiso tu, rambang mata nieyl nak pilih. Last-last pilih yang ini sebabnya dalam satu page ni huruf dia ada lebih dari satu. Jadi, lebih sesuai dengan apa yang nieyl nak buat. Harga nieyl lupaaa...sorry..
Masking tape ini nieyl beli dekat Daiso juga. Banyak corak dan warna tapi biasalah nieyl suka yang comel-comel jadi pilih love dan warna pink la..hehehe..betul korang, cantik sangat..rasa macam nak buat collection je masking tape ni...tapi membazir pulak sebab nanti tak pakai
Comel tak?benda yang comel-comel ni korang boleh dapatkan di kedai S&J. Dekat situ banyak sangat pilihan yang korang boleh pilih, ada makanan, ada love, ada haiwan dan macam -macam lagi.
Ok nieyl zoom sikit frame yang dah siap di deco..
Simple tapi ianya sangat berharga sebab DIY sendiri dan ikhlas dari hati
Sekarang ni 2 frame ni dah pun selamat sampai ke tangan mereka berdua. Nieyl hantar pun guna orang tengah, surprise la orang kata. Alhamdulillah, dieorang bagi feedback yang bagus dan cakap cantik dan comel..hahahaha..tengoklah tuan dia hahahaha... semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila...Amin...
Rindu plak zaman DIY macam ni 😂
ReplyDeleteAlahai comelnya.. Zaman sekolah dulu pernah la deko2 frame comel-comel macam ni.
ReplyDeletehasil tangan tu yang lebih bermakna dari barang yang berhargakan.. kreatif awk ni
ReplyDeletecomelnya.. lg puas hati kalo diy adiah nk bg kat kwn..
ReplyDeletesy pon suka camni tp xkreatif sgt.. haha
lawanya, hadiah macam ni tak boleh didapati di mana-mana kedai
ReplyDeleteCantiknya Nieyl.. Kalau Nieyl amik tempah dan bual jual pun mesti ada orang order..
ReplyDelete