19 February, 2020

Dinner Pagar Tepi Austin Steak House Bangi

Austin Steak House Bangi | Bila dah hujung bulan Januari biasanya nieyl akan fikir nak ajak husband dinner dekat mana. 28 Januari merupakan hari jadi husband nieyl , jadinya sehari sebelum tu memang dah ajak dia pergi Bangi, nak makan western la kononnya. Ada beberapa restoran yang nieyl dah aim nak pergi malam tu, gigih keluar awal dari rumah tapi sayangnya semua kedai western yang nieyl nak pergi tu, tutup ,kecewa betul.

Jadi, nak tak nak perut dah berbunyi nak makan jadi pusing la dekat seksyen 7 tu cari kedai western. Kebetulan nampak kedai Austin Steak House , terus cari parkir dan masuk terus order makanan..hehehe..

Kalau korang tengok gambar nieyl ni kelam je ni sebab effect lampu restoran ni memang suasana romantik , kalau makan tu rasa macam nak tertidur..hehehe.. Menu seperti biasalah Chicken Chop dan Lamb Chop..itu memang menu western yang cepat dan kenyang. 









Atas ni adalah gambar kek yang nieyl buat sendiri untuk husband nieyl. Tahun ni tak sebab nak prepare yang lebih meriah sebabnya bajet tak berapa nak ada, baru berhenti kerja kan..hehehe.. Nieyl buat kek span butter dan taburkan oreo atas dia..Kalau dekat gambar ni nampak macam cheeses cake kan..hehehehe... 

" happy birthday husband, semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki, sentiasa diberikan kesihatan yang baik,
semoga tahun 2020 ini akan ada berita gembira utk kita berdua..
Amin..Insya'Allah...love u " 



3 comments:

  1. wahhh mkn dlm mood romantik dgn suami..
    lg sweet kek tu hasil tgn dr isteri.. =)

    ReplyDelete
  2. moga asben Nieyl terus bahagia d samping nieyl dan sihat sentiasa.
    kakak aida kebetulan baru pindah bangi, dari cheras.
    lepas ni dpt la aida explore bangi lebih lagi...
    dulu 2 thn ulang alik melaka - ukm - melaka tak brape explore bangi.
    sebab sorang diri kan. x brape reti berjalan makan2 :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)