Kanafeh Pencuci Mulut Dari Negara Timur Tengah | Kanafeh ataupun lebih dikenali di Malaysia ni dengan nama kunafa merupakan hidangan penutup tradisional Timur Tengah yang dibuat dengan pastri seperti mi nipis, atau adunan semolina halus, manis, gula berasaskan gula, dan biasanya berlapis dengan keju, atau dengan bahan-bahan lain seperti krim atau kacang. Ia popular di dunia Arab, terutamanya Levant dan Mesir,terutamanya di kalangan rakyat Palestin. Di samping itu, variasi ditemui di Turki, Greece serta di Kaukasus Selatan.
First time nieyl nampak makanan ni di IG story kawan nieyl dan nieyl tanya dia apa benda tu, dia kata tu Kunafa makanan dari timur tengah. Jadi kita pun google sebab nak tahu apa itu kunafa. Sebenarnya dah viral pun tengah kunafa ni , siap di sharekan lagi resepinya masalahnya siapa yang rajin tu boleh la cuba buat, nieyl belum berkesempatan lagi nak membuatnya..
Ok nieyl share resepi kanafeh yang viral tu di bawah ok..selamat mencuba..
Bahan-bahan yang digunakan:-
- 500gm doh kanafeh segera (blh beli di kedai bakery atau shopee
- Keju cheddar secukupnya
- 200gm keju mozzarella
- 250gm krim keju
- 1/2 tin susu pekat
- 50gm gula aising
- 1 sudu kecil vanila
- 70gm mentega
- 1 biji kuning telur
- Adunan krim keju
Cara-caranya
- Campurkan krim keju, susu, gula, mentega dan pukul halus
- Masukkan kuning telur serta vanila dan pukul lagi
- Sapukan sedikit mentega pada loyang dan doh kanafeh
- Taburkan separuh doh kanafeh pada loyang dan kemudian masukkan adunan krim yang telah dipukul tadi dan taburkan keju cheddar dan mozzarella.
- Tutup krim keju dengan sisa doh kanafeh tadi dan bakar selama 15-20 mini sehingga kekuningan
- Bila adunan dah masak, jangan biarkan terlalu sejuk diluar. Seeloknya dihidang dan dimakan panas-panas serta rangup kerana keju yang ada di dalam akan meleleh dan cair didalam mulut.
Dan korang boleh je google resepi dan vidoe ni di youtube okay....!
kredit : Group Facebook Masak Apa Hari Ini( owner Maslena Alwi )
terima kasih sharing
ReplyDeletenyum2
ReplyDeletepernah dgr tp makan xpernah lagi..::)
ReplyDeleteTak pernah makan. Tq sharing:)
ReplyDeleteNampak menarik.. Ada juga tengok orang share dekat media sosial.. teringin juga nak rasa..
ReplyDeletekesian kat rakyat syria jordan tgh kebuluran skrg ni khannns.. huhuhu
ReplyDelete