Pembuka Selera Sesiapa Sahaja | Dalam memory fon nieyl atau sesiapa sahaja semestinya penuh dengan gambar makanan kan?betul tak..sometime sempat share dekat IG story , IG dan Facebook. Kadang tu terbiarlah lama dalam fon tu. Bila nak buat clearance memory, sayang nak delete so sebelum delete tu kita post dekat blog ni untuk tatapan korang kekeke...
Sorry uolls pagi-pagi dah kena tengok makanan-makanan yang mungkin boleh menitiskan air liur korang.. Siapa suka makan durian?kita geng tapi ada juga yang tak suka makan durian ni macam kawan nieyl sorang ni memang tak makan durian, bila tanya kenapa?dia kata memang dia tak makan mungkin sebab bau dia tu kot. Ish-ish...rugi tau tak makan durian ni..ini lah raja segala buah ni..
Ini gambar selepas 10 minit 5 biji buah durian nieyl dengan family kakak makan. Nieyl suka makan dekat kedai durian ni bukan apa, selalunya diaorang akan kasi yang sedap, yang elok-elok. Kalau bawa balik tu sometime tak berapa memuaskan hati. betul tak.. sebab buah durian ni bukan murah sekarang ni, boleh dapat beras 5 kg kalau sebiji..
Tauhu begedil ni opismate dia jual kalau ada orang order, jadi ada extra tu nieyl pun beli , kalau sebelum ni nieyl cakap sambal hitam dia tak pedas, kali ini nampaknya ada perubahan sambal kicap dia rasa pedas-pedas, serius sedap sambal dia...Alhamdulillah kadang-kadang kalau kita berterus terang dengan orang yang hatinya terbuka..Insya'Allah dia akan menerimanya dan perbaiki untuk kemajuan diri sendiri..Tapi kalau dapat yang bukan jenis yang open, better tak perlu la nak berterus terang sangat sebab nanti timbul isu bermasam muka pulak kan...
hari isnin hari tu hari jadi salah seorang anak jagaan MIL nieyl. Petang tu sambut potong kek dengan kawan-kawan yang MIL nieyl jaga. Yela..budak-budak nak happy , nak seronok sambut dengan kawan-kawan kan..
Ini daging bakar yang nieyl bakar untuk masak lemak cili api. Okay sebenarnya nieyl nak masak daging salai masak lemak nanas. Kalau nak di salai daging tu kan perlukan masa yang lama, so.. nieyl beli daging, gaul garam ngan serbuk kunyit lepas tu nieyl panggang dalam oven dalam 1 jam lebih kurang. Lepas tu nieyl hiris-hiris nipis dan masukkan dalam kuah lemak yang nieyl dah masak tu.. Nieyl tak dan nak snap gambar sebab nieyl share dekat IG Story je..
aamboi.. pagi2 dah tengok gambar durian tu.. sedap pulak tgk durian tu kan.. tahun ni belum berkesempatan lagi nak makan durian.. haha
ReplyDeleteSemua sedap ;)
ReplyDeletemenangis woo tengok gambar2 ni semua especially yang atas sekali tu. mana nak cari skrg ni. huhu
ReplyDeleteWah kendurian
ReplyDeletePaling membuka selera yang paling atas nunnnn....dan tauhu tu pun mengancam gileee...adeoiii
ReplyDeletememang pembuka selera durian tu.. hehe
ReplyDeletesedap2 menu :)
ReplyDeletegambar durian yang lagi menarik minat. bestnyaaa
ReplyDelete