10 April, 2019

Buffet Ramadhan 2019 Murah Di Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan 2019 Murah Di Bangi Golf Resort | 6 April yang lepas nieyl bersama kawan-kawan nieyl pergi ke Bangi Golf Resort untuk Preview Iftar Sesama. Insya'Allah lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Sempena Bulan Ramadhan yang bakal tiba ini Bang Golf Resort mengajak orang ramai mengambil kesempayan untuk Iftar Seseama insan-insan yang tersayang.

Ia bukan sahaja bersama ibu, bapa, isteri , anak-anak dan ahli keluarga yang lain, bahkan sesama rakan dan insan-insan yang kurang bernasib baik, menikmati sajian enak disediakan oleh kumpulan chef yang berpengalaman.




Tarikan utama buat pengunjung sudah tentu seleksi buffet dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu, yang membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung hingga ke hidangan barat, untuk cita rasa lebih moden.

Konsep " Kebun Dalam Bandar' sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan Restoran Bangi Golf Resort dengan mengenegahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan melayu dan tradisional.


Stall Nasi Kerabu







Nasi kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan  ulam-ulam seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang dan budu berserta hilisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga telang yang menghasilkan warna biru pada nasi juga datang dari Bangi Farn Resort.


Main Course


Nasi ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, Manakalah nasinya gebu, berkilau dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri.

Selain itu juga, tersedia kari ikan tenggiri, daging masak hitam mamak untuk dihidangkan bersama nasi kukus.Bagi mereka yang menyukai makanan barat pula, keenakan sos Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak sega selain sajian pasta kegemaran keluarga Speghetti dan Penne dengan soso bolognese ayam atau carbonara.


Sup Kambing


Menyelerakan tengok sup kambing tu kan..




Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, eksklusif sepanjang Ramadham , aroma kambing bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan sup kambung Mamak yang mengamit selera pengunjung selain Satay Ayam dan daging.


Dessert Stall







Sementara itu, apa maknanya berbuka puasa tanpa manisan dan pencuci mulut yang enak . Antaranya Churros Sepangol dengan soso Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta koleksi-koleksi kuih muih melayu termasuk Kuih Lapis, Talam koko, Talam Cendol, Kasui pandan, Apam Mekar, Kopi, Seri Muka Pandan, Kuih bakar, pulut rendang daging, pulut kuning serunding kelapa, pulut inti, Putri ayu dan Lopez pulut.

Selain itu , terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Bluebery Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama cream cheese Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake , caramel Bluebeery Filling cake, Chocolate cake bersama choco cream,  Chocolate cake bersana oeanut cream, sweet potato bersama Tam, caramel Mousse , G3 Mousse, pandan gula melaka Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt dan Orea Cheese Cake.


Sebagai penghilang dahaga pilihanya adalah kordial mangga, kordial anggur, air tebu, soya ross, teh bunga, teh tarik , kopi dan teh serta buah-buahan.


Sebenarnya bukan setakat sajian buffet berbuka puasa, banyak kebaikan lain yang tersirat di sebalik Iftar Sesama di bangi Golf Resort ini seiring dengan maksud ' sesama ' itu sendiri iaitu bersama. Selain berbuka puasa dengan sajian enak mereka juga dapat berkongsi pahala ini kerana Restoran Bangi Golf Resort akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan Al Mubaraj ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) 

Melalu sumbangan tersebut diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu khususnya yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik. Bagi menjamin keselesaan pengunjung di bulan Ramadhan kali ini pihak BGR telah tambah baik kemudahan surau dan tandas.


HARGA IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT 


RM59.00  :DEWASA
RM29.00 : KANAK-KANAK



Maklumat lanjut / Tempahan : 1700 81 8557 
Email : sales@bgrrest.com 
Website : www.bgrrest.com 

 Alamat : 
No1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

4 comments:

  1. sedap2 menu buffer ramadhan ni.. hihihi

    ReplyDelete
  2. wah....semua nampak sedap. time puasa ni la rindu malaysia.

    ReplyDelete
  3. Meriahnya buffet dia.. syok ini kalau pergi sekeluarga..

    ReplyDelete
  4. harga mampu milik tu. cuma rm59. berbeza dgn hotel yg melebihi rm100. kalau dkt dah lama pi sana...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)