21 November, 2024

Balik kerja terus masuk ke dapur

 

Balik kerja terus masuk ke dapur | kadang-kadang kan biasalah kita kalau balik kerja tu nak take 5 sekejap untuk lepaskan penat bekerja di pejabat kan. Tapi husband nieyl selalu dengki, baru 4 langkah masuk rumah, belum sempat lagi nak letak handbag, dia akan cakap " sayang buatkan air " eee geram tau awak, dia tak bagi kita peluang nak berehat pun hahaha..husband nieyl ni sehari tak menyakat memang tak sah. Dia suka tengok nieyl bising-bising sorang-sorang hahaha.. Bising-bising pun air siap yaa hahaha..

Kalau tak minta air, dia akan cakap "Sayang lapar lah" . Dia boleh je masak simple-simple tapi dia nak isteri dia juga masak, dia kata sedap la, lagi kenyang la...hahaha..mengada-ngada kan, kalau isteri outstation boleh je masak sendiri. Manja lebih ni, so..petang semalam balik kerja teruslah masak yang simple-simple je nieyl masak untuk dinner. Tapi selera sepinggan nasi habiss, termasuklah si Raisya join makan sekali.

Husband nieyl dia lebih suka makan di rumah berbanding makan dekat kedai. Dan dia jenis tak cerewet bab makan ni. Tapi kadang-kadang dia sukaaaaa menyakat nieyl, kita dah landing dekat atas katil dengan dia, lepas tu dia cakap "sayang nak air panas", padahal kan nieyl ni dekat ruang tahu kemas, buat kerja tak nak dia minta, bini dah relax nak tidur time tu laaa dia nak air panas..ko rasaaa?? geram je dekat diaaaa..kecil besar kecil besar je nieyl tengok, lepas tu dia gelak-gelakk...buat dapat pahala tau hahaha...itula modal dia nak kenakan nieyl..

ha..begitulah kiteorang bergurau berdua..
tapi kadang-kadang sakit hati hahahahaha

4 comments:

  1. husband bagi nieyl prektis tu..nanti ada anak macam tu lah nieyl..time kita baru nak bertenang-tenang, baru lah mintak itu ini...geram taw.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Terbalik...selalu akak yang kenakan suami akak...but dia buat plak tu...

    ReplyDelete
  3. haha..mujur husband ammi bukan sejenis minum kopi or air panas memalam. waktu buat air dia pagi dan petang (itupun kalau bini dia rajin)...dia pulak sejenis tak mintak.

    ReplyDelete
  4. sama la.. kak ayu dlm kereta lagi dah discuss ngan iris, nak makan apa for dinner? masak or tapau?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)