14 November, 2024

Yang Lama Tidak Pernah Dilupakan

 

Yang Lama Tidak Pernah Dilupakan | Kata orang apabila kita dah bersara/pencen kita akan dilupakan, tapi pada nieyl susah untuk nieyl lupakan semua kenangan dengan ex boss nieyl yang lepas. 6 Nov 2024 genap setahun ex boss nieyl bersara dari perkhidmatan awam. Jadi, pagi 6 Nov nieyl wish birthday untuk ex boss nieyl yang nieyl dah anggap macam mak nieyl sendiri. We very close sebab ex boss nieyl yang bawa nieyl ke jabatan bersama-sama dia. 

Dan masa dia nak bersara, dia pesan "Kau jangan pergi mana-mana, stay sahaja dekat sini" Tak payah dah nak pergi tempat lain, nak kena cari kawan baru , sini semua kawan dah kenal..

Frame yang ada gambar nieyl dengan ex boss, yang nieyl bagi hadiah pada dia, dia kata dia letak gambar tu atas meja kerja dia..Nieyl cakap kalau dah letak atas meja tu, bermakna takkan lupakan nieyl la..hihihi...

Kami ni selalu je berhubung, kadang2 bila masing2 terasa rindu tu..whatsapp la..berkali-kali plan nak g lunch sama, asyik tak menjadi je sebab kadang-kadang nieyl yang tak boleh last minute...nantilah nak cari masa juga ni , nak jumpaa lepas rindu...

7 comments:

  1. kalau dah ngam tu, memang of coz akan stay keep in touch, tambah2 lagi lady boss kan. Kak Ayu pun stay lagi contact ngan ex boss kak ayu yg perempuan tu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Moga ukhuwah terus berpanjangan.

    ReplyDelete
  3. Kalau ex boss yang bawa Nieyl sekali nampaknya memang ex boss selesa dengan Nieyl ni. Sebenarnya lady boss ni orang kata cerewet sikit tapi Nieyl dapat yang baik ni memang bersyukur sangat.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Tapi selalu nya.. Kalau jadi PA nie, dpt boss pun ok.. Insya-Allah memang akan ngam...

    ReplyDelete
  5. Untung ya dapat bos perempuan, boleh jadi rapat. Bos-bos i so far, semua lelaki ;)

    ReplyDelete
  6. Best kan ada boss yang ngam dan best...

    ReplyDelete
  7. Bersyukur sangat kalo dpt ex boss yg baik begitu. Saya masih kontak , tp tak lah dekat hubungan. Mungkin Krn dulu saat kerja saya beberapa kali pindah cabang, karena itu belum lagi rapat Ama bos, dah harus berpindah cabang baru 😄

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)