Menu Masakan Weekend | Alhamdulillah sejak mak dah sihat kembali, hari bekerja mak nieyl kan masak dan weekend nieyl pula akan masak dekat rumah. So, hari sabtu nieyl pergi beli barang yang nak masak je untuk hari sabtu dekat kedai aceh sebab ahad nieyl nak pergi topup lauk pauk seminggu. Nieyl masak simple ikan kembung bakar, air asam dan sayur taugeh tumis je..
Hari ahad pula, balik pasar nieyl terus masak untuk lunch iaitu terung berlada ikan bilis. Sumpah sedap!hihihi..nieyl memang suka terung masak berlada macam ni..dia jangan kering sangat dan jangan basah sangat, just nice je..
Takkan makan sambal terung dengan nasi putih je kan, nieyl masak sup ayam bahagian tulang-tulang sahaja campur dengan kentang. Memang layan makan tengah hari. Baru hari isnin dah fikir weekend ni nak masak apa pula..hehehe
.jpeg)


Semuanya sedap..akak pun ada terung tu dalam fridge, boleh la masak macam ni
ReplyDeletetak pandai masak terung berlada macam tu
ReplyDeleteSedap jugak masak simple macam ni. Sup ayam tu bahagian tulang je sedap. Kalau isi takde orang makan sangat kalau rumah Cie ni.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDelete