Teman Acue Pergi Fitting Baju Kahwin | Hari sabtu lepas nieyl dan biras nieyl pergi teman adik ipar nieyl (acue) pergi fitting baju kahwin dia dekat Shah Alam. Majlis kali ni buat sederhana sahaja jemput jiran-jiran, keluarga dan kawan-kawan. Jemputan pun tak ramai dalam 250 orang. Jadi adik ipar memilih untuk buat dekat dewan je. Dewan yang menjadi pilihan sama dengan dewan nikah bella anak buah nieyl tu.
( nieyl bersama anak buah nieyl belah husband Putri)
Task nieyl untuk majlis sabtu ni adalah pakaikan tudung pengantin untuk nikah dan settelkan table dessert. Untuk table dessert ni nieyl tak sewa ke apa, semua buat sendiri. Tak tahu lah jadi apo..next week nieyl share kejadian table dessert nieyl tu ok..
Tema baju majlis sabtu ni adalah lilac. Baju sedondon kosong tapi masing-masing kena kreatif lah nak bagi lawo baju tu. Macam nieyl simple je pasang manik tampal je , dan tudung nieyl suka pakai bawal jadi tudung pun nieyl tampal manik sendiri hahaha... Next week lah nieyl share okay...


kami pun ada wedding juga weekend ni... lum terfikir nak pakai baju warna apa...
ReplyDeletesinggah sini setelah lama tak terjah blog kawan kawan...
Dah hujung tahun ni banyak kenduri kahwin kan..semoga majlis anak buah Nieyl berjalan lancar ye
ReplyDeleteBoleh jadi event/wedding planner Nieyl ni .... Lilac lawa 👍🏻
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan majlisnya nanti 🤲🏻
Semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga. Family Cuya pon ada wedding tapi jauh ke Sabah.
ReplyDeleteCantik lilac ramai jugak orang pakai lilac sekarang ni.
ReplyDelete