Indoor Game Suka-Suka Je | Jumaat lepas kan nieyl ada share yang nieyl terlibat dengan game indoor tu kan. Hari ni baru nak share hehehe. Selalunya hari jumaat rehat panjang, ada yang keluar makan dekat luar, ada yang pergi shopping dan minggu lepas kita tak pergi mana-mana dan kebanyakkannya join program indoor game ni. Semua gambar-gambar ni dari camera urusetia ya..
Puzzle Stacking Cup
Susun Bongkah
Dam Ular Gergasi
Honey bee
Congkak
Ada dua lagi game Teng Teng dan Terup gergasi. Nieyl main honey bee masuk sampai semi final je hehehe..lepas tu kalah..tak ada rezeki.. Macam mana main honey bee ni, nieyl share video nieyl dekat bawah ya..korang pun boleh beli dan main dekat rumah dengan anak-anak seronok..
Masa yang berikan main honey bee ni adalah 2 minit..Nampak senang tapi mencabar tau, dalam berhati-hati tu kita nak kena cepat. Bila tak ada lunch biji bunga tu akan jatuh.
Ini group nieyl mereka ni semua dulu bahagian lama nieyl hehehe. Masih bersama walaupun dah berbeza bahagian. Group nieyl kalah, walaupun kalah semua dalam hadiah yeay...
Inilah hadiah yang ada dalam beg tu. Barang makanan Alhamdulillah, ok la macam ni benda yang memang kita akan guna kan..Next time boleh lah join lagi program begini ... ♥








Seronok gak ada aktiviti macam ni. Lagi2 ada hadiah.. bonding pon dapat
ReplyDelete