10 December, 2025

Indoor Game Suka-Suka Je

 

Indoor Game Suka-Suka Je  | Jumaat lepas kan nieyl ada share yang nieyl terlibat dengan game indoor tu kan. Hari ni baru nak share hehehe. Selalunya hari jumaat rehat panjang, ada yang keluar makan dekat luar, ada yang pergi shopping dan minggu lepas kita tak pergi mana-mana dan kebanyakkannya join program indoor game ni. Semua gambar-gambar ni dari camera urusetia ya..

Puzzle Stacking Cup

Susun Bongkah

Dam Ular Gergasi

Honey bee

Congkak

Ada dua lagi game Teng Teng dan Terup gergasi. Nieyl main honey bee masuk sampai semi final je hehehe..lepas tu kalah..tak ada rezeki.. Macam mana main honey bee ni, nieyl share video nieyl dekat bawah ya..korang pun boleh beli dan main dekat rumah dengan anak-anak seronok..
Masa yang berikan main honey bee ni adalah 2 minit..Nampak senang tapi mencabar tau, dalam berhati-hati tu kita nak kena cepat. Bila tak ada lunch biji bunga tu akan jatuh. 

Ini group nieyl mereka ni semua dulu bahagian lama nieyl hehehe. Masih bersama walaupun dah berbeza bahagian. Group nieyl kalah, walaupun kalah semua dalam hadiah yeay...
Inilah hadiah yang ada dalam beg tu. Barang makanan Alhamdulillah, ok la macam ni benda yang memang kita akan guna kan..Next time boleh lah join lagi program begini ... ♥


7 comments:

  1. Seronok gak ada aktiviti macam ni. Lagi2 ada hadiah.. bonding pon dapat

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau semua orang sporting je kan

    ReplyDelete
  3. Seronok jugak ada aktiviti macam ni meriah.

    ReplyDelete
  4. Seronok nya dapat main sama2. Hadiah pun menarik tu.

    ReplyDelete
  5. Lain dari yang lain la games dia, best ni. Hadiah gini la kesukaan Akk hehe

    ReplyDelete
  6. ehh menarik la honeybee tu! syok ni kalo ajak main dgn anak2 buah ahahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)