Masak Lemak Labu, Bayam, Suun & Pucuk | Hari cuti nieyl masak sesuatu yang betul-betul buat hati rasa tenang: masak lemak labu, bayam, suun dan pucuk. Campuran sayur yang ringkas, tapi bila masuk dalam kuah lemak santan, rasanya terus bertukar jadi hidangan yang penuh nostalgia. Idea masakan ni nieyl dapat dari TikTok sebab tengah scroll-scroll dia muncul pula..terus jadi masakan weekend hari tu.
Bahan-bahan
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Ikan bilis
- labu
- bayam
- Suun
- Pucuk
- Santan
- Secukup rasa
- Garam
- Masukkan air dan labu, rebus sekejap
- Kemudian masukkan santan, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
- Masak dengan api kecil tau, biar santan tu masak dengan perlahan.
- Bila santan dah mendidih, masak cantik barulah masukkan pucuk dulu..
- Lepas 5 min, baru masukkan bayam , kacau-kacau masukkan garam secukup rasa.
- Last sekali masukkan suun dan tutup api
- Sedia untuk dihidangkan bersama ayam goreng dan sambal .
Setiap kali nieyl kacau kuah lemak, saya teringat masakan arwah nenek. Dia selalu kata, “Masak lemak ni bukan kejar masa… ikut hati.” Betul juga. Lagi perlahan dimasak, lagi meresap rasa manis labu dan segar bayam tu.
Hasilnya? Kuah lemak pekat sederhana, rasa manis labu yang natural, suun lembut serap kuah, dan bayam serta pucuk bagi tekstur yang seimbang. Makan pula dengan nasi panas masyaAllah, nikmat. Alhamdulillah..


No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)