22 December, 2025

Malam Berinai Di Hotel

 

Malam Berinai Di Hotel | Pembukaan cerita majlis perkahwinan adik ipar bongsu nieyl dengan malam berinai. Malam berinai di buat pada hari jumaat malam sabtu. Girls semua pergi ke Cyberview Resort untuk join berinai. Gambar dekat atas ni turn nieyl pakai inai, seperti biasalah nieyl suka design bunga dan simple je..dua belah tangan rm20 dan kalau sekali dengan kuku tambah rm10 lagi. 

Meriah sesi berinai ni, moment macam ni bukan selalu dapatkan. Tangan-tangan yang telah di inaikan bukan main masing-masing dengan design yang dieorang nak. Yang meriah tu tangan pengantin. 

Adik ipar bongsu buat surprise dengan memberikan kami bertiga kotak bridesmaid. Sweetnya, dalam kotak tu ada baju , perfume, lipstik, G2G skin tin dan juga brooch.

Selesai berinai, bergambar family yang lain balik ke rumah dan nieyl sorang je yang tinggal dekat hotel untuk teman adik bongsu sebab esok paginya nieyl kena jadi dia punya hijab stylist. Ok nanti nieyl sambung share lagi ok..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)