08 December, 2025

Raja Buah Siapa Mampu Menolak


Raja Buah Siapa Mampu Menolak | Ingatkan lepas makan lemang To'ki tu nak turun balik rumah dah rupanya si ikmal nak singgah makan durian, sebab kitaorang ni memang hantu durian. Boleh dikatakan sepanjang jalan bentong tu memang banyak jual durian.  Kesian dekat bella tak boleh makan, dia kena stay dalam kereta sahaja, hihihi... kami berempat je turun makan durian. 

Pilihan kitaorang petang tu nak makan musang king yang pahit-pahit sikit. Kitaorang ambil dalam 4 biji tak terlalu besar sebab takut nanti muak sebab baru lepas makan. Jujur cakap sedap gila Musang King dia, dah la murah, cantik isi dia dan puas hati betul makan sini.. 4 biji baru RM174.. kalau dekat tempat nieyl harga 4 biji ni tak ada maknanya RM174 silap-silap rm200 lebih ke 300.. Siapa suka makan durian?kita geng!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)