11 June, 2025

Resepi Daging Masak Kicap Simple

 

Resepi Daging Masak Kicap Simple | Petang semalam balik kerja, sembang-sembang dengan mak ayah nieyl, lepas tu tiba-tiba macam nak masak daging korban untuk bawa bekal esok hari (Hari ini). Daging dalam freezer keras macam batu, nieyl deforst kan dulu dekat luar rendam air. Dalam pukul7.30 lepas maghrib tu nieyl uruskan daging, potong nipis-nipis supaya rebus cepat lembut. Jom nieyl share resepi Daging Masak Kicap Paling simple dan sedap hehehe..


Bahan-Bahan
  • Daging ( dipotong halus dan di rebus sampai lembut)
  • Cili kisar ( 2-3 sudu)
  • halia (hiris halus)
  • Bawang putih (hiris atau cincang)
  • Cili Api ( belah 2)
  • Bawang besar (potong 4)
  • Kicap
  • Black pepper (kisar /tumbuk)

Cara memasak
  1. Panaskan minyak untuk menumis
  2. Tumis bawang putih sehingga naik baru, masukkan halia dan cili kisar, masak sehingga pecah minyak, letak sikit MSG untuk rasa lebih sedap (option)
  3. Masukkan daging , gaul sehingga mesra
  4. Masukkan sedikit air rebusan daging, kicap dan black pepper
  5. Kacau sehingga sebati, masukkan cili api dan bawang, kacau-kacau..
  6. Tutup api, siap!
p/s : nieyl suka bawang tak berapa lembik, so bawang biasanya nieyl letak last sekali


Selamat mencuba.!







5 comments:

  1. Nieyl, kalau dekat mmg akak dah ngecek dah. sedap sgt nampaknya.

    ReplyDelete
  2. Ada sebekas daging yang dah siap rebus cadangnya nak masak daging goreng kicap jugak.

    ReplyDelete
  3. Akak nak buat yang daging masak berlengas tu..nanti nak buat...masak kicap ni akak dah muak sebab kat rumah akak ni la antara menu yang PZ selalu buat selain MLCA

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)