13 June, 2025

Lobster Masak Cili

 


Lobster Masak Cili | Anak buah nieyl bella tu dia pergi bercuti dengan mommy ayah adik dan tunang dia dekat Penang 3 hari ( selasa -khamis) . Nieyl memang tak ikutlah sebab hari bekerja lagpun nieyl nak jimat cuti ni sebab tinggal 7 hari je ni. Sepanjang dieorang tak ada 3 hari ni, kerja dieorang hantar gambar makanan dekat nieyl, saja nak buat kita marah lah tu dahlah kita tak dapat pergi hahahaha..

Petang semalam dieorang dalam perjalanan balik ke selangor ni, dieorang singgah makan sebelum balik rumah, dia tunjuk makanan lagi korang..aduhai..geram sis tau.. 

Dalam pukul 11 macam  tu dieorang sampai rumah, dah dengar dah suara riuh-riuh dieorang tu masa tu nieyl dengan mak tengah layan movie korea , anak buah nieyl hulukan makanan yang dieorang tapaukan untuk nieyl.

Dia tapaukan nasi kosong dengan lobster masak cili. Ini kali ke 2 rasanya nieyl makan lobster, kalau tanya sedap ke lobster ni..pada nieyl udang size XXL tu lagi sedap isi dia manis , lobster ni harap besar je korang, isi dia kenyal dan biasa je.. Ini sebab orang belanja, kita makan jela hehehe..rezeki jangan ditolak kan. 

Tunang anak buah nieyl ni, dia memang suka duduk hotel korang dan dia suka belanja orang keliling dia. Nieyl boleh follow sesekali je, sebab nieyl tak boleh cuti lama-lama, macam dia tak apa la kerja sendiri, masa sendiri boleh la nak pergi bila-bila kan. 

Ada yang nak pinjam anak buah nieyl ke hehehehe...

5 comments:

  1. seronoknya...lama akak x buat hal jenjalan cari pasal ngan adik beradik..semua dah ada komitment kan

    ReplyDelete
  2. Baguslah diorg share² gambar then bawak balik sebekas lobster utk Nieyl...bukan saja² tayang gambar hihi...
    Orang yg suka belanja org makan ni luas rezekinya kan

    ReplyDelete
  3. nak pinjammmm anak buah Nieyl! ehehehe

    ReplyDelete
  4. Agreeeee sangaaaat kak 😄😄😄👍. Awal2 kan saya penasaran dengan rasa lobster. Apalagi mahaaal sangat. Jadi pas pergi ke Yogyakarta, di sana ada pantai yg menjual lobster langsung dari nelayan. Jadi murah lah. Kami beli di sana, size besar sangat. Lalu pas dimakan, sedap begitu saja. Daging dia hambar.

    Kalo disuruh pilih saya better pilih udang besar drpd lobster. Udang lebih manis rasanya . Cukuplah sekali saja makan lobster nih 🤣

    ReplyDelete
  5. betul..biasa2 je lobster ni..cuma sbb rare tu yg bila dpt tu excited juga la
    best nya..kena tinggal pun dpt juga..alhamdulillah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)