Solat adalah tiang agama dan satu tanggungjawab yang besar bagi seorang muslim. Jika baik solat kita insyaÁllah baik jugalah amalan kita yang lain. Solat 5 waktu sehari jangan sesekali kita tinggalkan kerana inilah perkara pertama yang bakal Allah tanya terlebih dahulu daripada amal ibadah kita yang lain.
Husband nieyl dah janji dengan adam nak bawa dia pergi solat dekat masjid, bila nampak paklong dia pakai kopiah, dia suruh tanggalkan bagi kopiah tu dekat dia, sebab dia nak pakai kopiah pergi masjid. Kopiah lagi besar dari tuannya.
Kebetulan hari khamis ada bacaan yassin malam jumaat di masjid, abang nieyl pun bawa anak dia yang lelaki pergi masjid. Lagi lah adam excited nak pergi. Dieorang ni sebaya lain bulan je..
Dalam kita mendidik anak-anak kita untuk belajar ABC dan 123 jangan kita lupa untuk mendidik anak-anak tentang bersolat kerana ianya adalah satu amanah yang sangat besar dan berat sebagai ibu bapa. Pembelajaran awal adalah dari rumah, anak-anak kecil kalau selalu melihat mak ayah dia solat, secara tidak langsung dia akan ikut pergerakkan kita. Sebab itu husband nieyl kadang-kadang kalau adam datang rumah, ada peluang dia akan cuba bawa adam ke masjid.
Tip Untuk Ajar Anak Solat
- Contoh tauladan yang baik - role model anak-anak adalah ibubapa.
- Wujudkan suasana yang solehah (0-2 tahun)- walaupun anak-anak kecil tidak mengerti tapi jika dia biasa melihat ibu bapa solat, membaca ayat-ayat quran ,InsyaÁllah
- Ajak anak (2-3 Tahun) - Jangan sesekali kita jemu untuk mengajak dan mengajar anak-anak tentang solat. Biar anak-anak biasa dengan ajakan kita, lama-lama InsyaÁllah hatinya pasti terbuka
- Mengapa kita solat (4-6 Tahun)-Ketika anak-anak sudah bijak berkata-kata, ibu bapa harus bercerita tentang kepentingan solat,ajar anak-anak solat,berikan penerangan dan gambaran yang jelas kepada anak-anak supaya menarik minat. Ketika ini anak-anak suka bertanya.
- Penekanan dan tanggungjawab (7-9 Tahun) - Untuk ini adalah umur yang kritikal, dimana 3 tahun ini masa untuk memperkukuhkan asas solat. Kita sudah berikan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir, waktu ini anak-anak harus sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil wuduk ,pergerakan dan bacaan dalam solat.
- Denda dan hukuman (10 tahun ke atas) -Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, semak semula adakah kita tengah memberikan pemahaman dan contoh yang terbaik buat anak-anak?Memukul adalah jalan terakhir setelah ibu bapa sudah berputus asa. Bukan mukan untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak.
- Doa - Proses mengajar anak solat amat panjang,usah jemu dalam mendidik,pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibubapa dalam mengajak anak-anak bersolat.Semoga anak-anak kita semua terang hati untuk belajar ilmu agama.
Alhamdulillah melentur buluh biar dari rebungnya kan..
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletesemoga adam jadi anak yang soleh
ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-
ReplyDeletealolo comelnya pakai kopiah. nice tips kak, boleh praktikan bila sha dah ada anak nanti
ReplyDeletenice tips kak :D
ReplyDelete