12 March, 2018

Menu Diet : Day 1

Hai korang, seperti yang dijanjikan baru berkesempatan nak share dekat blog tentang diet challenge nieyl . Firstly nieyl diet sebab baru ada kesedaran tentang kesihatan , lagi-lagi bila dah masuk usia 30-an ni dan yang paling peting sekali adalah diet atas nasihat doktor untuk mendapatkan zuriat, ini salah satu usaha nieyl. Doakan yang baik-baik ok..


Untuk hari pertama ni untuk breakfast nieyl buat sandwich roti iaitu roti wholemeal , omelette , salad dan chia seed. 


Untuk lunch pulak, nieyl bangun seawal 5.30 pagi untuk grill ayam dan stim sayur-sayur, kalau korang nampak nasi tu, ok memang nieyl diet makan nasi tapi hanya suku itu sahaja nasi yang nieyl makan sehari dan ada buah sikit. Ayam tu nieyl hanya ambil bahagian dada sahaja, so..memang kenyang .


Dinner pula nieyl buat semuanya grill, ikan keli, tempe, sayur seperti biasa nieyl stim, kalau boleh untuk dinner tu makan sebelum jam 7.00 malam. Dan lagi satu, untuk diet yang lebih baik dan teratur kita digalakkan makan sebanyak 6x sehari. Tapi bukan la makan yang jenis berat-berat ni, itu bukan diet namanya tu.

6x Makan Sehari

Breakfast - 7.00 pagi
Snack - 10.00 pagi
Lunch - 1.00 tengah hari
Snack -3 Petang
Dinner - 7.00 malam
Supper - 10.00 malam

Oklah nanti nieyl share lagi menu hari kedua okay, kalau nak tahu menu-menu lain boleh follow Instagram nieyl @nieylanadia

7 comments:

  1. all the best nieyl. selamat berdiet dan semoga termakbul impian nak dapat zuriat

    ReplyDelete
  2. All the best Nieyl! Semoga dipermudahkan urusan untuk mendapatkan zuriat. Amin..

    ReplyDelete
  3. pergh..lauk diet pun sedap weh..hehe

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/pengalaman-anak-kena-gangguan-barang.html

    ReplyDelete
  4. Ohsem menunya.. Boleh lah cuba juga..

    ReplyDelete
  5. all the best kak nieyl! Malam tak makan berat pun just minum air barli tanpa gula

    ReplyDelete
  6. sedapppnyerr..kite pun tak start lagi nih... doc suruh turunkan jgk berat.. semoga ada rezeki kita thn nih yer...insyaallah :)

    ReplyDelete
  7. selamat berdiet kak...moga makin sihat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)