07 March, 2018

Rezeki dari Orang Balik Umrah

Syukur Alhamdulillah kepada pemberi ole-ole dari umrah, ada beberapa pegawai nieyl yang pergi menunaikan ibadah umrah. Untuk kali ini nieyl berpeluang merasa buah kurma fresh yang belum melalui proses pengeringan tapi rasanya tidak lah sama macam makan dekat sana. Lagipun bila fresh ni susah nak bawa balik sebab perlukan penjagaan yang baik tapi itulah kalau Allah tu dah tertulis rezeki buat diri ini kan..

Kurma ialah sejenis buah yang mempunyai banyak kelebihan. Dengan memakan sebiji kurma kita akan mendapatkan kecergasan, Selalunya bila tiba bulan puasa umat Islam disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan yang manis. Kurma mempunyai banyak kelebihannya jika dilihat daripada pelbagai sudut. Nanti nieyl share kebaikan buah kurma ni dari semua sudut ok.


Nieyl sempat snap gambar kurma yang nieyl dapat hari isnin lepas, nampak tak dia masih lagi basah, rasa dia manis yang semula jadi dan lemak-lemak yang membuatkan rasa nak lagi dan lagi..kekeke.. Ini adalah kali pertama nieyl rasa kurma fresh ni. Selalunya makan yang dah diproses.


Selain kurma fresh, nieyl juga dapat sikit kekacangan dan 3 jenis kurma salah satu yang wajib adalah kurma ajwa..yang sentiasa menjadi fav nieyl sejak nieyl suka makan kurma. Terima Kasih kepada pemberi, semoga terus dimurahkan rezeki..Amin...

4 comments:

  1. Fiza suka makan semua kekacang tu. Sedap... 😊

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa.. rezeki lah kan dpt makan..hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki dapat souvenir heheh ^^ Favorite Hana kacang kulit keras yg mulut tengaga tu hahah :3

    ReplyDelete
  4. wahhh
    rezeki tu
    sedapnya kurma segar dari sana

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)