Showing posts with label Jom kongsi rezeki. Show all posts
Showing posts with label Jom kongsi rezeki. Show all posts

07 March, 2018

Rezeki dari Orang Balik Umrah

by on March 07, 2018
Syukur Alhamdulillah kepada pemberi ole-ole dari umrah, ada beberapa pegawai nieyl yang pergi menunaikan ibadah umrah. Untuk kali ini nieyl berpeluang merasa buah kurma fresh yang belum melalui proses pengeringan tapi rasanya tidak lah sama macam makan dekat sana. Lagipun bila fresh ni susah nak bawa balik sebab perlukan penjagaan yang baik tapi itulah kalau Allah tu dah tertulis rezeki buat diri ini kan..

Kurma ialah sejenis buah yang mempunyai banyak kelebihan. Dengan memakan sebiji kurma kita akan mendapatkan kecergasan, Selalunya bila tiba bulan puasa umat Islam disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan yang manis. Kurma mempunyai banyak kelebihannya jika dilihat daripada pelbagai sudut. Nanti nieyl share kebaikan buah kurma ni dari semua sudut ok.


Nieyl sempat snap gambar kurma yang nieyl dapat hari isnin lepas, nampak tak dia masih lagi basah, rasa dia manis yang semula jadi dan lemak-lemak yang membuatkan rasa nak lagi dan lagi..kekeke.. Ini adalah kali pertama nieyl rasa kurma fresh ni. Selalunya makan yang dah diproses.


Selain kurma fresh, nieyl juga dapat sikit kekacangan dan 3 jenis kurma salah satu yang wajib adalah kurma ajwa..yang sentiasa menjadi fav nieyl sejak nieyl suka makan kurma. Terima Kasih kepada pemberi, semoga terus dimurahkan rezeki..Amin...

11 October, 2016

Jom kongsi rezeki

by on October 11, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jom kongsi rezeki | Hai korang...selamat pagi!nieyl masih lagi ada lagi opis lama minggu ni Insya'Allah next week dah start di opis baru. Alhamdulillah,pagi ni ada lebih rezeki dan pagi ni bawa kan bekalan breakfast untuk opismate.. :) Hopefully dia dia happy pagi ini.

Berkongsi rezeki bukan sahaja dengan wang ringgit,banyak lagi bentuk² rezeki yang ada yang boleh kita buat bersama orang lain.. :)


Siapa nak jadi opismate nieyl?hihihi...







  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png